PERUBATANonline v5 RC1

Switch to desktop Register Login

[KENYATAAN RASMI: PELANTIKAN SEMULA JAWATANKUASA PILIHANRAYA PERUBATAN]

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepimpinan merupakan salah satu teras yang utama dalam sistem pentadbiran Islam. Sebagai hamba Allah, kita dilahirkan di muka bumi ini untuk menggalas tugas sebagai khalifah yang baik dan efisien. Rasulullah SAW pula telah menggariskan bahawa setiap manusia adalah pemimpin, dan turut bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Sebagaimana sabda Nabi SAW:

 “Ketahuilah, bahawa kamu sekalian adalah sebagai pemimpin dan kamu sekalian bertanggungjawab terhadap pimpinannya (rakyatnya).

Pilihan raya merupakan salah satu proses untuk memilih kepimpinan dalam PERUBATAN. Bulan November sehingga Februari yang lalu sudah menyaksikan proses pemilihan kepimpinan, di peringkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan 2017/2018 dan juga Majlis Tertinggi PERUBATAN 2017/2018. Atas beberapa keadaan yang berlaku, setelah selesai tempoh JPC 2016, beberapa PERUBATAN Cawangan telah menyaksikan kekosongan beberapa jawatan/portfolio di peringkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan.

Berkenaan dengan kekosongan jawatan di peringkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan pula, pada Fasal 28, Perkara 3, Ceraian (b) telah dinyatakan bahawa:

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika.”

Justeru, perlembagaan PERUBATAN telah menyatakan pada Fasal 27, Perkara 1, Ceraian (a):

“Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.”

Selain itu, pada Fasal 20, Perkara 5, Ceraian (c) dan (d), Tugas Lembaga Penasihat PERUBATAN adalah:

“Melantik Jawatankuasa Pemilihan PERUBATAN (JPP) untuk pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN.”

“Menentukan kaedah pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.”

Maka selepas berlakunya perbincangan antara Lembaga Penasihat PERUBATAN dan Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan, ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN 2017/2018 telah pun bersetuju untuk melantik semula Ahmad Syahmi bin Sabandi sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) dan Atirah Binti Ibrahim sebagai Timbalan Pengarah JPP bagi menyelia proses Pilihan Raya Kecil di peringkat PERUBATAN Cawangan yang terlibat.

Semoga kepimpinan PERUBATAN Cawangan yang bakal terpilih akan terdiri daripada kalangan yang bertakwa dan berkaliber. Semoga ahli PERUBATAN juga dapat menjalankan amanah sebaiknya dalam menjayakan pilihan raya ini.

Sekian terima kasih, Siiru ‘Ala Barakatillah.

 

Yang menjalankan tugas,

co bar

Muhammad Ikraam bin Abdul Latif,

Ketua Lembaga Penasihat PERUBATAN 2017/2018.

Leave a comment



Anti-spam: complete the taskJoomla CAPTCHA

Hakcipta Terpelihara ©2007-2015 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version