PERUBATANonline v5 RC1

Switch to desktop Register Login

KENYATAAN RASMI : PERUBATAN SUMMER PROGRAMME (PSP’17)

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa kerana atas kekuasaan-Nya masih lagi kita sebagai manusia hidup menghembuskan nafas sebagai pejuang dalam menghadapi Ramadan dan menghadapi peperiksaan. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai penyempurna akhlak manusia sehingga ke hari ini dan selama-lamanya.

 

Dalam cuaca yang membahang, bermulanya fatrah peperiksaan dan bulan Ramadan, menjadi petanda bahawa musim panas telah menjelang tiba. Oleh itu, bersesuaian dengan fatrah cuti yang bakal bermula selepas peperiksaan nanti, PERUBATAN terus komited dalam menganjurkan program-program yang bermanfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi yang bakal pulang ke Malaysia mahupun yang setia berada di Mesir. Program yang dirancang juga diharap mampu menjadi medan untuk ahli memberi dan menyumbang idea mahupun tenaga. Antara program yang bakal dijalankan adalah:

 

NEGARA PROGRAM
Malaysia To Unite and Refresh (ToUR)
Mesir Daurah as-Soifiyyah wa at-Thaqafiyyah (DAWA') 2017

 

Program yang dirancang tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang bertungkus-lumus dan juga ahli PERUBATAN yang bakal memeriahkan program tersebut. Justeru, PERUBATAN menyeru kepada semua mahasiswa agar bijak merancang percutian dan menggunakan masa yang ada dengan aktiviti yang bermanfaat kerana sesungguhnya dua nikmat yang sering manusia lupa adalah nikmat masa lapang dan nikmat kesihatan.

 

Akhir kata, selamat maju jaya buat mahasiswa yang masih menempuh peperiksaan akhir tahun dan marilah bersama-sama kita merebut pahala yang dilipat gandakan pada bulan Ramadan ini! Semoga dengan kehadiran Ramadan dapat mendidik jiwa kita menjadi hamba yang ikhlas dalam beriman dan beramal.

 

Sekian, terima kasih.

 

PERUBATAN sebagai wadah integrasi dalam membentuk profesional sains kesihatan yang rabbani dan kompeten.


#PERUBATANKelasPertama

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

shahrin

MUHAMMAD SHAHRIN AMINUDDIN BIN MAHAYUDDIN

Naib Presiden I,

PERUBATAN 2017/2018.

 

DSC05815 copy

AZLIN AMIRA BINTI AHMAD

Naib Presiden II,

PERUBATAN 2017/2018.

Leave a comment



Anti-spam: complete the taskJoomla CAPTCHA

Hakcipta Terpelihara ©2007-2015 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version