PERUBATANonline v5 RC1

Switch to desktop Register Login

KENYATAAN RASMI: ZAKAT FITRAH MENYEMPURNAKAN IBADAH PUASA

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

Assalamualaikum WBT;

عن ابن عمر قال فرض رسول الله صلى الله عليه وسلم زكاة الفطر من رمضان على الناس صاعا من تمر او صاعا من شعير على كل حر او عبد ذكر او انثى صغير او كبير من المسلم.

  [رواه البخارى ومسلم]

Maksud hadis: Dari Ibn Umar sesungguhnya Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah dari ramadan sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum   kepada orang merdeka  dan hamba,  laki-laki  dan wanita,  dari kalangan kaum muslimin.

Bulan Ramadan merupakan salah satu nikmat agung yang diberikan kepada umat Islam untuk mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. Banyak sekali keutamaan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain. Antaranya ialah Ramadan merupakan bulan turunnya Al-Quran dan di dalamnya juga terdapat malam Lailatul Qadar yang kemuliaannya melebihi seribu bulan. Dalam bulan ini jugalah turut terdapat ibadah khusus yang tiada dalam bulan lain, seperti solat sunat tarawih dan kewajipan mengeluarkan zakat fitrah.

Zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ketika pengakhiran bulan Ramadan. Ia merupakan sejumlah harta yang tertentu dikeluarkan oleh setiap orang Islam dan diberikan kepada orang-orang yang berhajat sebagai pembersihan diri juga untuk membaiki kecacatan-kecacatan yang berlaku pada puasa sepanjang bulan Ramadan yang disebabkan percakapan sia-sia, jelek dan sebagainya.

Seorang ulama Waqi’ bin al-Jarrah menyatakan, “Kedudukan zakat fitrah dinisbahkan kepada bulan Ramadan seumpama kedudukan sujud sahwi dinisbahkan kepada solat dimana ia membaiki kekurangan puasa sepertimana sujud sahwi membaiki kekurangan solat”.

PERUBATAN sebagai medan penghayatan Islam

PERUBATAN dengan visi “PERUBATAN sebagai wadah integrasi dalam membentuk professional sains kesihatan yang rabbani dan kompeten – membawa salah satu misinya iaitu PERUBATAN sebagai medan penghayatan Islam. Menggalas misi ini, PERUBATAN akan menjalankan kutipan zakat kepada semua ahli di ketujuh-tujuh cawangan sebagai satu usaha mewujudkan ruang untuk beramal. Semoga dengan ruang ini, ahli dapat menghayati ibadah zakat fitrah dan hikmahnya.

Merujuk kepada kenyataan Darul Ifta’ Al-Misriyyah yang memaklumkan bahawa kadar terendah zakat fitrah pada tahun ini berjumlah tidak kurang daripada LE 12.00. Maka, PERUBATAN menyelaraskan kutipan zakat di setiap cawangan sebanyak LE 12.00 per individu.

Kutipan zakat akan bermula pada 13 Jun 2017 bersamaan 18 Ramadan 1438H sehingga 25 Jun 2017 bersamaan 1 Syawal 1438H di seluruh cawangan oleh amil yang telah dilantik. Hasil kutipan zakat akan diagihkan kepada asnaf zakat antaranya Sahabat TKS, fakir miskin di Mesir, dan saguhati buat amil.

Berikut merupakan senarai nama amil zakat yang telah dilantik daripada setiap PERUBATAN Cawangan:

Cawangan Mahasiswa Mahasiswi
PERUBATAN Cawangan Kaherah Muhammad Asyrul Naemi bin Mohd Suri Nur Hamizah binti Abd Razak
PERUBATAN Cawangan al-Azhar

Muhammad Yazeed bin Mustapa

Nur Fatihah binti Mohd Shuhaily

PERUBATAN Cawangan Ain Shams

Mohd Nasrun bin Mohd Nizam

Nur Hanis binti Ismail

PERUBATAN Cawangan Tanta Muhammad Amsyar Auni bin Lokman Wan Nurbasyirah binti Wan Roslan
PERUBATAN Cawangan Zagazig

Shafiq Aiman bin Shahrin

Norfaizah binti Ismail
PERUBATAN Cawangan Mansurah

Abdullah Zahid bin Zaini

Fathin Amanina Afifah binti Bolia

PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Naufal bin Sokri

Nurul Syahiirah binti Mohamad Aszmi

 

Kesimpulannya, dalam kita meraikan Ramadan dengan membanyakkan ibadah-ibadah sunat, jangan dilupakan juga untuk membantu dan mendoakan saudara-saudara seagama yang dalam kesusahan di seluruh dunia. Semoga Ramadan kali ini membawa lebih banyak makna dalam kehidupan kita semua. Ramadan Karim!

Sekian, terima kasih.

 

"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

"at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah"

 

shahrul

SHAHRUL ‘ARIF BIN SHAHRUL AZHAR

Bendahari Kehormat,

PERUBATAN 2017/2018.

 

mtpah pcz

NORFAIZAH BINTI ISMAIL

Timbalan Bendahari Kehormat,

PERUBATAN 2017/2018.

Leave a comment



Anti-spam: complete the taskJoomla CAPTCHA

Hakcipta Terpelihara ©2007-2015 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version