PERUBATANonline v5 RC1

Switch to desktop Register Login

MEMBURU AR-RAYYAN DI LANGIT MESIR

Rate this item
(0 votes)

arrayyan

Negara Mesir merupakan satu negara yang cukup baik untuk menangguk segugus pengalaman hidup. Tekstur negara yang lebih kasar, berlatarbelakangkan padang pasir Afrika yang luas dan buas, dihuni oleh keturunan Qibti yang besar tubuhnya, garang bahasanya, kuat nada suaranya, Mesir amat membantu seorang hamba Allah untuk menghiasi nota kehidupannya dengan pelbagai warna.

Kata orang Mesir pula, Mesir merupakan bumi dua figura, satu Nabi Musa ‘alahisalam, kedua, Firaun laknatullah, penghuninya bisa memilih mana satu jalan pilihan dalam kehidupan. Pepatah lain pula berbunyi, “Bumi ini terkandung dalamnya mutiara di sebalik debu.”

Buku Memburu Ar-Rayyan di Langit Mesir, merupakan salah satu buku yang menunjukkan jalan ke arah mutiara tersebut ibarat sekeping peta ke arah harta karun. Buku ini seperti guru kerana menghimpunkan catatan pengalaman seorang daripada penuntut di bumi ini. Akh Amirul Azmeer merupakan salah seorang yang tidak lokek untuk membantu insan yang lain. Keberadaan beliau dalam persatuan PERUBATAN menambahkan rencah kemajuan dan inovasi memberi nafas baru ke dalam unit-unit yang berada di bawah pantauannya. Semestinya catatan pengalaman yang terbuku dalam kitab ini bakal menjadi satu mutiara buat pembacanya.

 

Sila klik pautan di bawah untuk mengakses buku Memburu Ar-Rayyan di Bumi Mesir.
Memburu ar-Rayyan di Langit Mesir

Leave a comment



Anti-spam: complete the taskJoomla CAPTCHA

Hakcipta Terpelihara ©2007-2015 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version