PERUBATANonline v5 RC1

Switch to desktop Register Login

Usul Yang Dibawa Hanif Sebagai Satu Solusi

Rate this item
(0 votes)
FB IMG 1490631149564
 
Kaherah, 18 Mac 2017 - "Tenaga pakar dilihat semakin berkurang. Kebiasaannya ahli MTP terdiri daripada pelajar tahun 4 dan 5 kerana untuk menjadi tenaga pakar memerlukan pengalaman," ujar saudara Hanif bin Khairudin sewaktu pembentangan usul "Memansuhkan matan dalam perlembagaan pada Fasal 17, Perkara 2, ceraian (b)" ketika Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-13 tempoh hari. 
 
Matan yang dimaksudkan dalam usul tersebut berbunyi 'Pemilihan ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN adalah terdiri daripada 2 orang wakil (seorang lelaki dan seorang perempuan) daripada setiap PERUBATAN cawangan mengikut universiti tidak termasuk ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN yang dikekalkan'. Saudara Hanif juga turut menekankan tentang beberapa cawangan kecil yang juga mungkin memerlukan tenaga pakar untuk berkhidmat di cawangan masing-masing. Hal ini dibuktikan melalui pengurangan kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) di cawangan Kaherah, Ain Shams dan juga Zagazig.
 
Menurut saudari Nurus Saadah binti Ahmad Suhim selaku salah seorang perwakilan yang hadir, beliau berpendapat bahawa pengusul telah bertindak tepat dengan mengusulkan perkara tersebut. "Pada saya, kita melihat kemungkinan yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Sebab itu saya setuju dengan usul-usul ini". 
 
Beliau juga turut menyuarakan kepentingan untuk melihat keadaan dan keperluan semasa ahli PERUBATAN terutamanya dari segi pertambahan dan juga kekurangan ahli. "Kita perlu faham maksud 'perlembagaan' itu sendiri. Iaitu perkara yang mengikut kehendak semasa dan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai dalam hal ini adalah ahli PERUBATAN."
 
Sewaktu dihubungi baru-baru ini, saudari Najihah binti Janudin berkata, "Usul Hanif itu saya kira sangat baik, usul tersebut menunjukkan kecaknaan beliau terhadap kemampuan sesebuah cawangan dan menyedarkan semua ahli bahawa masalah yang berlaku memerlukan perhatian semua cawangan".
 
"Sememangnya, sebagai salah satu cawangan yang kecil, kekurangan tenaga mahir untuk dihantar ke peringkat PERUBATAN amatlah dirasai, maka dengan lulusnya usul tersebut, saya boleh katakan cawangan lain ada bersama dengan kami," tambahnya lagi. Saudari Najihah yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Kaherah turut berharap agar tanggungjawab yang sedia ada di peringkat PERUBATAN tidak diabaikan cawangan yang kecil mahupun yang besar seterusnya merealisasikan makna sebenar 'Kita Keluarga PERUBATAN'.
 
Usul kedua saudara Hanif pula berbunyi, "Memansuhkan perkataan 'sekurang-kurangnya dua orang' di dalam perlembagaan pada Fasal 25, Perkara 6" yang juga berkait rapat dengan usul pertamanya. Kedua-dua usul beliau telah diterima dengan undian setuju sebanyak 433 dan 437.
 
Aisyah Humairah binti Yaacob

Leave a comment



Anti-spam: complete the taskJoomla CAPTCHA

Hakcipta Terpelihara ©2007-2015 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version