PERUBATANonline v5 RC1

Switch to desktop Register Login

Bangunan Condong, Pelajar Malaysia Selamat Featured

Rate this item
(2 votes)

Iskandariah, 2 Jun 2017 - Tiada pelajar Malaysia dikatakan terlibat dalam satu kejadian bangunan condong di kawasan Azarita, Iskandariah kelmarin. Dalam kejadian sekitar jam 2 pagi (waktu tempatan) itu, bangunan yang masih didiami penghuni itu dipercayai tumbang dan 'bersandar' pada bangunan yang bertentangan.

"Waktu kejadian berlaku, saya terdengar satu bunyi dentuman yang agak kuat dan hingar-bingar suara orang di luar. Agak merisaukan," ulas saudari Syaza Izhar Hisham, mahasiswi Universiti Iskandariah yang menetap dalam lingkungan 30 meter daripada tempat kejadian.

Beliau yang pada mulanya menyangkakan kebakaran kemudian dapat melihat perkara sebenar yang terjadi apabila keadaan beransur cerah. Dilaporkan terdapat sekumpulan pelajar Malaysia yang menetap di bangunan kawasan berhampiran.

Sewaktu dihubungi baru-baru ini, saudara Luqman bin Sufian berkata, "Alhamdulillah. Semua pelajar Malaysia terutamanya yang duduk di sekitar kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat dan pergi ke kelas seperti biasa.

Pihak berkuasa tempatan mengawal keadaan dengan baik sekali." Saudara Luqman yang juga merupakan Pengerusi cawangan Iskandariah (PCI) turut memohon agar semua ibu bapa dan keluarga yang berada di Malaysia untuk sentiasa mendoakan keselamatan para pelajar. "Insya-Allah PCI sentiasa komited dalam menjaga kebajikan pelajar-pelajar di Iskandariah," tambahnya lagi. Saudara Luqman juga tidak menafikan laporan evakuasi yang dijalankan terhadap bangunan condong tersebut dan juga bangunan yang berhampiran.

Bangunan tersebut kini dalam proses untuk dirobohkan. Setakat ini punca kejadian dilaporkan masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa tempatan.

**Kukuhnya binaan sesebuah bangunan adalah kerana asas konkritnya yang kukuh. Ibarat batang tubuh seorang muslim, solat merupakan elemen terpenting dalam pembinaan jati diri seorang muslim yang beriman. Bilamana rapuhnya solat, maka rapuhlah iman kita.

Ramadan Kareem!

 

Dilaporkan oleh,

Aisyah Humairah binti Yaacob.

 

azarita alex

Leave a comment



Anti-spam: complete the taskJoomla CAPTCHA

Hakcipta Terpelihara ©2007-2015 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version