You are here: Cerna Minda | Tips/Panduan | Belajar la! : Tips-tips Study Leave

Belajar la! : Tips-tips Study Leave

E-mail Print PDF
dihantar oleh adzim
Rating: / 8
InferiorSuperior 

"Syam, bagila semangat sikit kat aku. Aku blur nih. Banyak dop baca lagi ni… rase nak nangis je"

"Baca slow-slow la. Aku pun banyak tak abis lagi nih. Relax sudeh."

"Try bukak PO. Bese-besenye ade artikel best pasal exam nih."

"Iye? Beres-beres. Nanti aku bukak."

EXAM OH EXAM

Study leave sudah bermula. Pasti debaran untuk peperiksaan mid-year semakin terasa. Mekanisme ini pasti lebih terasa bagi junior-junior tahun satu yang baru belajar bertatih bertaaruf dengan lebih mendalam dengan sistem pembelajaran cara Mesir. Walaubagaimanapun, bagi senior-senior yang bertahun-tahun berpengalaman turut tidak kurang getarannya.

TETAPI,

Adakah persiapan anda sudah cukup mantap?
Ataupun sekadar melepas batuk di tangga?
Keliru dan pening dengan cara belajar anda sekarang?
Terasa tidak berpuas hati dengan diri sendiri?
Waktu study leave sangat kurang?

Di sini ada cara penyelesaiannya...

TIPS-TIPS YANG BOLEH DIAMALKAN

1. Susun pembelajaran anda mengikut jadual. Pastikan anda mempunyai jadual untuk study leave. Ini bagi mengelakkan pembaziran masa yang keterlaluan akibat cuti terlalu lama.

2. Bahagikan hari-hari untuk setiap subjek. Ini sangat penting supaya anda tidak menghabiskan masa menelaah subjek yang mudah difahami dan terkejar-kejar untuk subjek yang memerlukan kefahaman yang lebih.

Sebagai contoh anda mempunyai 20 hari sebelum peperiksaan;

  • Physiology : 7 hari
  • Anatomy : 6 hari
  • Biochemistry : 4 hari
  • Histology : 3 hari

3. Senaraikan tajuk-tajuk penting untuk setiap subjek. Ini memudahkan anda membuat rujukan semasa menelaah pelajaran.

4. Jawab latihan di dalam buku-buku latihan ataupun soalan-soalan pada tahun lepas. Penting untuk anda mengetahui bentuk-bentuk soalan yang bakal keluar untuk mengelakkan berlaku exam-hall-shock. Briefing daripada head department sangat membantu bagi memudahkan pemahaman terhadap bentuk soalan.

5. Bagi pembuat nota yang berjaya, manfaatkan nota-nota semaksimum mungkin. Sebagai peringatan : sila salin maklumat dari buku kepada nota dengan baik untuk mengelakkan kesalahan fotokopi. Nota membantu dari segi ringkasan, namun, tidak semua mampu untuk membuat nota dengan cantik dan menambahkan selera untuk menghadamkannya. Ia bergantung kepada setiap manusia. Bagi sesetengah orang, mungkin pembelajaran menjadi lebih efektif dengan penggunaan nota dan sebaliknya bagi sesetengah yang lain.

6. Sesekali adakan perbincangan ilmiah dengan ahli study group anda (bagi yang ada) ataupun dengan ahli beit. Secara tidak langsung, anda dapat mengurangkan bebanan pelajaran dan bertukar-tukar kefahaman dan teknik mambaca yang terbaik.

7. Jangan terpengaruh dengan cara study kawan-kawan anda. Masa study leave bukan untuk kita mencari teknik study, tetapi lebih kepada mengulang dan refresh kembali ilmu yang sudah dipelajari dan dihadam sebelum ini.

8. Junior-junior boleh bertanya kepada senior-senior yang terlebih dahulu makan garam untuk mendapatkan lebih keyakinan dan maklumat-maklumat penting tentang peperiksaan. Usah terasa segan dan malu, senior-senior anda sangat baik, sopan dan sanggup untuk menolong anda dengan ikhlas.

9. Jangan cuba menekan teman-teman anda dengan soalan yang tidak logik dan memeningkan fikiran. Waktu yang sangat hampir dengan peperiksaan bukan waktu untuk anda bermain api. Kefahaman harus dibentuk sudah lama. Bukan sekarang waktunya. Andai anda pening untuk memahami, bertanya tidak salah, tetapi, pastikan ada batasannya.

10. Jika masih payah untuk memahami dan menghadapi kekangan masa, hafal sajalah fakta tersebut sama seperti yang tertulis di dalam buku teks dan fahami isi sebenar hanya selepas peperiksaan.

Tips-tips di atas hanyalah sekadar bahan rujukan. Anda pasti mempunyai tips-tips pembelajaran yang lebih mantap dan tersusun.

TUNAIKAN HAK

Harus diingatkan juga, jaga hak ke atas orang lain. Jangan melakukan sesuatu yang orang lain tak suka. Kadang-kadang kita perlu meletakkan posisi diri di tempat mereka agar kita turut dapat merasa apa yang mereka rasa. Tutur kata dan ekspresi muka sangat perlu dijaga. Kadangkala kita tidak sedar bahawa kita telah menyakiti hati orang lain.

Jangan disemai sikap mementingkan diri sendiri dalam diri masing-masing. Andai ada perkongsian maklumat dan sebagainya yang dapat membantu, eloklah disalurkan juga kepada teman-teman seperjuangan. Kejayaan pasti lebih manis andai dikongsi bersama.

TEMPOH KRITIKAL

Peperiksaan merupakan waktu kritikal. Waktu di mana hubungan kita dengan Allah menjadi semakin akrab. Manfaatkan setiap saat yang ada. Banyakkan berdoa kepada Allah setiap saat, bukan sewaktu exam semata. Nikmat yang Allah berikan terlalu banyak dan tidak terhitung, namun, seringkali jua kita terbabas dan tersungkur. Nikmat tidak disyukuri bahkan dosa semakin meninggi.

Setiap detik usaha kita menuntut ilmu, niatkan untuk mendapat keredhaan-Nya. Bukan untuk mendapat nama. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Bukan untuk sekadar cukup syarat. Usaha yang terbaik untuk mendapat keputusan yang terbaik. Jagalah hubungan baik dengan Allah, dan hubungan baik dengan teman-teman seperjuangan.

Sejauh mana tawakal kita?

Sedalam mana ketaqwaan kita?

Tepuk dada, tanya iman.

“Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian”

Selamat belajar dan salam imtihan!


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

Bacaan Lain Dari Kategori IniPopular Sepanjang Zaman

Comments  

 
# haru_9631 2010-01-08 04:37 suka artikel ni :)
tips yang ringkas dan tepat
betul tu, senior-senior memang sopan dan baik, mereka yang serumah dengan senior sila la ambil kesempatan.
terima kasih
Quote
 
 
# khadijah 2010-01-09 01:58 setuju sangat dengan atiqah..
syukran awi.. :-)
Quote
 

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh