You are here: Cerna Minda | Sains | Kenali Ubat Anda : Antipsikotik

Kenali Ubat Anda : Antipsikotik

E-mail Print PDF
dihantar oleh adzim
Rating: / 1
InferiorSuperior 

Pengenalan

  • Antipsikotik adalah kelas ubat yang digunakan untuk merawat psikosis (penyakit mental yang menyebabkan perubahan personaliti dan tidak peka dengan realiti).
  • Ubat-ubatan ini juga dikenali sebagai 'neuroleptic'.
Neuroleptic : mengurangkan tekanan saraf dengan menggangu fungsi urat saraf.
  • Ubat-ubatan ini memberi kesan kepada sistem perhubungan khas yang membenarkan komunikasi antara sel-sel otak dan membolehkan otak berfungsi secara normal.
  • Hasilnya, pesakit akan dapat pulih dari gejala psikotik dan melalui kehidupan yang normal semula.

Jenis-jenis Antipsikotik

  1. Antipsikotik Tipikal (typical) (generasi pertama):
    • Phenothiazines (Chlorpromazine "Largactil®", Thioridazine "Melleril®", Fluphenazine, Perphenazine, Prochlorperazine "Stemetil®", Trifluoperazine "Stelazine®").
    • Butyrophenones 
    • Zuclopenthixol ("Clopixol®")
    • Benzamides yang diubah (Sulpiride)
  1. Antipsikotik Atipikal (atypical) (generasi kedua):
    • Clozapine (Clozaril®)
    • Olanzapine (Zyprexa®)
    • Risperidone (Risperdal®)
    • Quetiapine (Seroquel®)
    • Aripiprazole (Abilify®)
    • Ziprasidone (Geodon®)
    • Sertindole (Serlect®) Clozapine

(generasi kedua kurang kesan sampingan,  lebih berkesan merawat Schizophrenia dan menghilangkan gejala negative seperti dementia, emosi tak stabil dan kurang bersosial.)

ubat

Kesan Sampingan


Kesan sampingan Ekstrapiramidal:

    • Kejang dan menggeletar (gejala Parkinson) – biasa berlaku secara beransur-ansur pada pesakit dewasa atau warga tua.
    • Pergerakan muka dan badan yang tidak normal –biasanya pada kanak-kanak atau remaja
    • Perasaan tidak selesa –boleh berlaku selepas pengambilan dos yang tinggi
    • Pergerakan beritma tidak terkawal pada lidah, muka dan rahang – biasanya berlaku selepas rawatan jangka panjang atau dengan dos ubat yang tinggi
    • Acute dystonia, akathisia dan tardive dyskinesia
  1. Kesan sampingan yang lain
    • Peningkatan selera makan
    • Pertambahan berat badan
    • Perubahan paras gula dalam darah lalu meningkatkan risiko kencing manis
    • Kehilangan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit
    • Mengantuk
    • Tekanan darah rendah
  • 2706_t1_anti

Langkah Berjaga-jaga

Antipsikotik harus digunakan dengan berhati-hati dalam keadaan :

  • Kerosakan hati
  • Kerosakan ginjal
  • Masalah jantung
  • Penyakit Parkinson
  • Epilepsi (sawan)
  • Kemurungan
  • Myasthenia gravis (masalah fungsi otot disebabkan otot menjadi lemah)
  • Pembesaran prostat
  • Glaucoma

Peringatan

  • Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor

antipsychotics-300x300

Maklumat Am

  • Sebelum mengambil ubat ini, sila maklumkan kepada doktor tentang sejarah perubatan terutama tentang penyakit hati atau ginjal serta alahan kepada ubat
  • Gabungan ubat kumpulan ini dengan alkohol atau ubat-ubatan jenis sedatif yang lain boleh menyebabkan kesan mengantuk yang kuat
  • Hadkan pengambilan alkohol
  • Guna dengan berhati-hati ke atas warga tua kerana mereka lebih terdedah kepada kesan sampingan ubat ini
  • Perlu perhatian yang lebih kepada mereka yang mengandung
  • Bincang tentang risiko dan kebaikan menggunakan ubat ini dengan doktor anda
  • Maklumkan kepada doktor anda jika anda menyusukan anak kerana dos ubat perlu diubah

Kaedah Penyimpanan

  • Kaedah penyimpanan perlu diberi lebih perhatian kerana ubat jenis ini selalu disalahguna
  • Jangan campurkan ubat ini dengan ubat-ubatan lain
  • Simpan ubat di dalam tempat yang sejuk, kering dan sukar dicapai oleh kanak-kanak

sumber- Infosihat



Banner

Tags:


Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

Bacaan Lain Dari Kategori IniPopular Sepanjang Zaman

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh