You are here: Cetusan Idea | Global | Perancangan keluarga perlu diambil kira

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4!

Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Perancangan keluarga perlu diambil kira

E-mail Print PDF
dihantar oleh AhmadArdy
User Rating: / 0
PoorBest 

Menerusi perkembangan sains dan teknologi ada pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencegah kehamilan dan merancang keluarga antaranya pemakaian kondom, mengambil pil perancang, penggunaan implan, suntikan, alat intrauterin (intra-uterine device (I.U.D)) dan system intreuterin (IUS).

Walaupun kaedah disenaraikan itu sudah lama ada di negara ini, masih ramai wanita bimbang menggunakan perancang keluarga dan ada yang sukar membuat pilihan, tidak dapat sokongan pasangan untuk mengamalkannya menakala sebahagian lain tidak dapat berbuat demikian kerana pelbagai alasan.

Topik janggal

Hakikatnya, hingga kini isu perancangan keluarga dan mencegah kehamilan masih menjadi topik janggal dalam masyarakat kerana ramai tidak pernah terfikir mengenainya apabila mendirikan rumah tangga.

Sedangkan, ramai pakar berpendapat perlu merancang keluarga atas pelbagai alasan. Misalnya, ibu berusia 40 tahun ke atas yang mempunyai bilangan anak melebihi lima orang, biasanya berisiko mendapat kencing manis, darah tinggi dan mudah tumpah darah sewaktu proses kelahiran. Selain itu, ada kes kehamilan mengalami komplikasi teruk sehingga membawa maut.

Merancang kehamilan juga membolehkan ibu bapa bersedia daripada segi mental, fizikal dan kewangan untuk kesihatan wanita sendiri.

Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Jamiyah Hassan, berkata wanita perlu diperkasa menjaga kesihatan reproduktif kerana ia lebih efektif sebagai strategi penting mengurangkan kematian sewaktu kehamilan.

Katanya, pendidikan kesihatan reproduktif adalah hak asasi manusia dan kaunseling mengenai perancang keluarga penting kepada wanita.

“Memilih kaedah perancang keluarga adalah pilihan peribadi. Ia patut dibuat dengan pengetahuan dan pemahaman mencukupi mengenai pilihan berkenaan supaya serasi dengan badan, sejarah perubatan dan gaya hidup seseorang. Lelaki wajar memainkan peranan besar dalam perancangan keluarga,” katanya.

importance of family planning

Risiko Kematian

Beliau berkata, setiap tahun 585,000 wanita hamil mati di seluruh dunia disebabkan komplikasi dengan 99 peratus berlaku di negara membangun manakala satu peratus di negara maju.

Fakta turut menunjukkan lebih satu pertiga kehamilan di negara membangun adalah yang tidak diingini. Akibatnya, 19 peratus mendorong melakukan pengguguran manakala 15 peratus berdepan masalah keguguran.

Dr. Jamiyah berkata, kebanyakan kehamilan tidak diingini membabitkan wanita langsung tidak menggunakan sebarangan pencegah kehamilan.

“Kajian menunjukkan, 66 peratus wanita di negara membangun tidak menggunakan apa-apa kaedah perancangan dan hanya 20 peratus menggunakan kaedah moden manakala 14 peratus lagi menggunakan cara tradisional untuk merancang keluarga.

Alasan tak merancang

Dalam satu kajian, di luar negara pelbagai alasan mengapa wanita tidak menggunakan perancang keluarga. Antaranya, 63 peratus beranggapan kehamilan tidak berisiko manakala 58 peratus menyatakan tidak berasa bimbang.

“Kajian itu turut mendapati, 33 peratus berhenti menggunakannya kerana kaedah dipilih tidak sesuai dan 29 peratus memberitahu, perancang keluarga tidak dapat diperoleh manakala 28 peratus lagi menyatakan, terlalu banyak masalah lain,” katanya.

Kajian di beberapa negara termasuk Asia Tenggara, Amerika Latin dan Carribbean, Afrika Barat dan Asia Tengah pula menunjukkan lebih 100 juta wanita berkahwin yang mempunyai keperluan perancang keluarga tidak dapat berbuat demikian

Fenomena kahwin muda sekarang, andai tidak diiringi dengan perancangan yang betul mampu membantutkan kualiti kehiupan wanita, pasangan dan anak-anak. Ini penting kerana family planning membantu wanita untuk merancang dan menjarakkan kehamilan demi kesihatan ibu dan anak yang lebih baik. Ia juga mampu mengelakkan kehamilan yang tidak di ingini serta menyelamatkan nyawa ibu dan bayi. Tuntasnya, amalan merancang keluarga terbukti berkesan di dalam mempertingkatkan kesejahteraan keluarga. 

family planning

Disunting daripada artikel asal di Berita Harian, 6 September 2012. 

 

 

 


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru