You are here: Cerna Minda | Kesihatan | Manfaat Teh

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4!

Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Manfaat Teh

E-mail Print PDF
User Rating: / 4
PoorBest 

 

Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke Mesir, pastinya sedar betapa popular teh (atau dalam bahasa Arabnya "Syai") kepada penduduk Mesir. Jenama El Arosa yang mudah didapati di kedai-kedai runcit pastinya menjadi pilihan utama pelajar yang berjimat kerana murah (LE 1 sekotak) dan pekat apabila disediakan. Namun begitu, bagi mereka yang ragu-ragu dengan El Arosa, jenama Lipton sudah tentu berada di kabinet dapur masing-masing.

efgfgf

Teh-teh asli seperti ini diekstrak daripada Camellia sinensis, manakala teh herba seperti karkade (teh bunga raya) ataupun teh ros, diekstrak daripada bunga, daun atau akar tumbuhan yang lain. Teh herba mempunyai khasiat yang tersendiri, namun ianya tidak akan dibicarakan dalam artikel ini.

Promosi meluas teh termasuklah dari sudut kesihatan, sehinggakan kita boleh lihat iklan-iklan di tepi jalan raya; Syai da keda = *thumbs up* (Teh ini begini = bagus). Walaupun terdapat kontroversi mengenai kebaikan teh dari sudut kesihatan, beberapa khasiat yang boleh didapati melalui pengambilan teh secara sederhana adalah:

1. Jantung:
Kandungan polyphenol dalam teh berfungsi sebagai anti-oksida yang membantu mengelakkan kolesterol daripada merosakkan salur darah. Selain itu, teh juga membantu mengurangkan tekanan darah dan diabetes.

2. Kanser:
Polyphenol sebagai anti-oksida berfungsi sebagai satu bentuk imuniti yang berkesan terhadap sel kanser. Tambahan pula teh juga mempunyai catechins yang memiliki ciri-ciri anti-kanser dan anti-mutasi.

3. Kulit:
Kajian mendapati teh hijau membantu mengelakkan kulit yang terkena sunburn daripada menghasilkan kanser. Namun begitu, kajian terhadap tikus makmal mendapati teh mampu menghasilkan kanser kulit walaupun belum dibuktikan dengan kajian terhadap manusia.

4. Alzheimer:
Bancian yang dijalankan terhadap sekumpulan individu juga mendapati teh membantu melambatkan proses Alzheimer, walaupun belum dibuktikan secara saintifik.

5. Gigi:
Teh mempunyai fungsi germicidal yang membantu mengurangkan kesan bakteria pada gigi, di samping mempunyai fluoride yang penting untuk kesihatan gigi.

Persoalannya sekarang, dengan timbunan teh asli di pasaran seperti teh hitam, teh hijau dan teh oolong, manakah yang mempunyai khasiat sebenar yang terbaik?

Semua teh tersebut mempunyai khasiat yang sama. Bezanya cuma pada cara pemprosesan teh yang berlainan, menyebabkan kandungan polyphenolnya berbeza.

1 Teh Hijau (Green Tea):
Teh hijau merupakan teh yang paling asli; langsung tidak melalui proses penapaian. Mempunyai rasa yang paling ringan.

2 Teh Hitam (Black Tea):
Daun teh ditapai sekurang-kurangnya 6 jam sebelum bertukar menjadi kehitam-hitaman. Proses penapaian mengakibatkan kandungan polyphenol dalam teh meningkat. Teh hitam mempunyai rasa yang agak kuat.

3 Teh Oolong (Oolong Tea):
Teh jenis ini lebih dikenali sebagai teh cina. Ianya ditapai dalam masa yang singkat, maka komposisi kimia, warna dan rasa berada di pertengahan antara teh hijau dan teh hitam.

4 Teh Putih (White Tea):
Teh jenis ini mungkin kurang dikenali. Ianya dibiarkan layu sebelum diproses, menyebabkan rasanya sedikit berlainan.

Kajian demi kajian yang dilakukan memberikan sedikit gambaran tentang khasiat teh pada kesihatan manusia. Namun begitu, beberapa perkara masih perlu diambil perhatian. Sebagai contoh; Manusia selalunya mengambil teh dalam dos yang kurang, tidak optimum untuk menghasilkan kesan pencegahan penyakit di atas.

Manakala pengambilan teh secara berlebihan pula bakal membawa kesan yang buruk. Lebih-lebih lagi pada musim peperiksaan, teh dan kopi sudah tentu menjadi peneman setia pelajar-pelajar untuk berjaga malam. Sekiranya anda kerap mengambil teh untuk menghasilkan insomnia, cuba gantikan dengan air yang dimasak; ianya membantu meningkatkan oksigen dan detoksifikasi melalui diuretik.

Untuk akhirnya, antara teh-teh terkemuka di pasaran berikut, teh mana yang paling anda gemari?


Diolah daripada: Shine Yahoo | El Arosa | Tea Culture - Wiki | Tea - Wiki

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru