Who's Online

Neurotransmitter Cinta

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Karya - Ilmiah

User Rating: / 11
PoorBest 

ADA APA DENGAN CINTA?

Banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.  

Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal.

Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata.

Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline. Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya.

Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena.

Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening.

Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yg tergelak sorang2 tu...), insomnia, decrease REM sleep (tu yg tidur tak lena).

PEA juga membuatkan seseorang itu yakin, alert dan berani mencuba sesuatu yang baru, sebab tu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yg pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa saja untuk yang dikasihi. (konon...)

Tetapi, bila 'dibuang cinta', clash, putus cinta& kesannya amat parah. Otak serta merta akan berhenti merembes PEA dan kesannya, sama dengan penagih Speed yang tak dapat stok; tak tentu arah, panik, bengong, boleh jadi gila. Tak mustahil medically.

Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar kawalan. Di bawah sedar.

Norepinephrine dan Dopamine sering dikaitkan dengan romantik. Mana taknya, ia merupakan desire molecule antara neurotransitters. Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan. Oxytocin kadangkala digelar 'cuddle chemical'.

Oxytocin dirembes dgn banyak ketika aktiviti-aktiviti aktif seperti urutan (sebab tu, urut mengurut ni amat berbahaya bagi sesiapa yang tak nak jatuh cinta, hati-hati, cakar harimau amat baik untuk pasangan suami isteri...), aktiviti-aktiviti lasak dan aktif ketika dating juga adalah salah satu cara yang baik utk mengurat; roller coaster ke, berlarian-larian, keliling pokok macam hindustan tu sume. Sume ni Oxytocin punya kerja.

Oxytocin juga mengurangkan perasaan takut dan meningkatkan kepercayaan, tu kualiti penting dalam percintaan. Kajian juga menunjukkan Oxytocin melembapkan beberapa fungsi pembelajaran dan ingatan. Hmm... tapi masih boleh dipertikaikan, sebab ada yang lebih berjaya dalam akademik bila bercinta. Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah.

Akibatnya? Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak. Tangan mula meraba, mengusap, membelai. I love You, You love I. Maruah pun tergadai.

 

 

CINTA vs NAFSU

Kami hanya bercinta. Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak rosakkan maruah dia. Aaahh!! Ini semua dongengan hikayat seribu satu malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak percaya kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik ilmu sains.

Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat kawalan seksual dalam otak. Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya. Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta, libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi) menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS maksud LOVE. So, takkan takde kaitan? Tak percaya jugak? Blaja Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah.

Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pon nafsu saya& Awas!!! Sila berjumpa dengan Dr Ismail Thambi. Anda mungkin mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa la mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry, mungkin boleh membantu.

PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya. Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit. (lantas, ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!) Sebab tu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah Jaafar At Tayyar dalam perang Mutah.

Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh) atau selepas berfikir positif.

Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap. Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat. Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.

Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder. Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di hatiku hanyalah dirimu. Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta. Hmmm kesian.

Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi. Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih kuat pada waktu sekitar pengovulasian. Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini.

Ya, mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah, sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera.

Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua.

...and they lived happily ever after. Separately.

wassalam,

HakCipta Terpelihara
HAMADA el Misriey

Edited by: HafizAdam

Comments  

 
#1 atiqahhanifah 2009-03-08 07:13 sekian lama mencari artikel sebegini.
apabila sains dihujahkan, susah nak bantah kalau sendiri pun tahu.
shukran atas perkongsian.
 
 
#2 hafizadam 2009-04-04 05:25 TQ, nih antara artikel bermutu daripada abgShuib. banyak lagi sebenarnya. insyaAllah akan diterbitkan secara berkala..
 
 
#3 warouq 2009-04-04 13:14 perh~mantap dokte sorg ni..ha,dokte,bile lg nak kawin?artikel pon dh kuar..

jgn tggu lame2..hehe..kang kesan endorphin tu abes kang..heh~gurau2..
 
 
#4 hafizadam 2009-05-03 12:53 makhluk mane yg pegi edit artikel nih?
haih~
nk lempang2 wase..
 

You cant comments here. Please Login or Register.

Shoutbox

Archives
08/02 22:27hafizadamcoming up next this nigh: berita naimah-israq
10/01 05:53hafizadamidea aku lagi best. jom jadikan v3 nih blog budak medik. haha
06/01 00:13pemenangwei..gua dapat idea..memFESBUKkan PO..ok x?
01/01 06:55hafizadam@Damak: will do that tomorrow. @Atiqah: PO nih pusat, tapi Kaherah je yang gune XD
01/01 06:44DamakHafiz, aku mencadangkan tambah sticker YM perubatan...
01/01 04:23atiqahhanifahPO ni untuk pusat or kaherah sbnrnye?
01/01 03:44hafizadammuhafazah da ade blog diorg sendirik. buat pe nk masukkan ke sini. menyemak je. =P
01/01 03:43hafizadamonline catalog bakal dimasukkan dalam projek tahun depan di infoPERUBATAN. da jumpe module yang sesuai. tinggal nak testing je. =)
01/01 03:19atiqahhanifahxleh ke bikon ada satu seksyen? buat online catalog ke..
01/01 03:18atiqahhanifahabgHafiz, iklan bikon on right hand side tu lapuk la
01/01 03:17atiqahhanifahkakraden nak bile berita bikon? rasa bikon dah mencapub enough dah ni... ^^ ahaha
01/01 01:43cstolidusberita muhafazah mne? :P *ngeh, xde org updte.. yea!*
31/12 21:56hafizadamStickers updated. semua akaun luar PO diletakkan. ape lagi perlu dibuat?
27/12 23:45hafizadamlain kali jgn kurang aja ngan abang-abang. har3~
27/12 20:37hafizadamradin tgh merajuk sbb da x jadi Admin. haha