Kemalangan Pelajar Kaherah

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Kenyataan - Iklan Umum

User Rating: / 16
PoorBest 

Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa di dalam genggamanNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.  

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!.  Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!

Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wassalam.

Al Faqir ilAllah,

Mohamad Ashraf Mohamad Isa
Timbalan Presiden I
PERUBATAN

mediaPERUBATAN: berita dan kisah penuh akan disiarkan kemudian.

Comments  

 
#1 syedmuhammad 2009-06-11 07:06 Allah selamatkn mereka!
 
 
#2 nasrullah_abdulkadir 2009-06-11 09:22 untuk makluman…
lepas abes exam written arini, diaorg pg AIN SOKHNAH

sbb nk survey kawasan utk relah batch tahun 3 [ikhwah] yang akan diadakan selepas exam oral nanti

rehlah tu adalaha semata-mata utk rapatkan ukhuwwah antara kami..

harap tiada salah faham,
kenapalah musim exam ni diaorg jalan jauh2..
 
 
#3 farsyabrynna 2009-06-11 09:22 moga dilimpahkn rahmat Allah ke atas mereka…amin…
 
 
#4 atiqahhanifah 2009-06-11 09:33 peritnye pengajaran…

allahumma innaka 3afuwwun karim, tuhibbul 3afwa fa3fuanna
 
 
#5 jackster 2009-06-11 09:33 salam alayk..

sekadar teguran untuk diri sendiri dan sesiapa yang mampu ambil iktibar,

sedikit terkilan tadi apabila berita mengenai kepulangan Ammar ke rahmatullah tersebar sebelum mendapat pengesahan yang sebenar-benarnya daripada pihak yang sepatutnya, sehingga ke Jordan khabarnya, dan hingga menjamah telinga ibu Ammar sebelum disahkan dengan sebenar-benarnya,

saranan:

adalah lebih baik jika sebarang maklumat yang sensitif mengenai ahli2 PERUBATAN mendapat pengesahan daripada BPP sebelum disebarkan ke luar daripada Mesir.

BPP juga perlu lebih alert dalam menyebarkan maklumat agar tidak tersilap maklumat yang sampai kepada ahli yang lain.
mohon doakan sahabat2 yang masih kurang stabil dan yang cedera agar cepat sembuh.

Wallahua'lam

- asyraf mohd zuki
- ahli beit ammar
 
 
#6 jackster 2009-06-11 09:38 berkenaan apa yang nasrullah maklumkan,

semua yang pergi adalah jawatankuasa program rehlah Gen6 Kaherah, bertujuan tidak lain hanya untuk meninjau kawasan dan membuat tempahan.

mohon tiada yang timbulkan isu pelajar perubatan pergi bersukaria ketika xm,

dapatkan maklumat yang tepat hanya daripada BPP

wallahua'lam
 
 
#7 hafizadam 2009-06-11 09:46 Quote:
peritnye pengajaran…

waktu begini baru kacau bilau mencari nombor rumah Aman di Malaysia. betapa lemah ukhuwah kami.

sambungan Jackster juga:
kita ada mediaPERUBATAN, sepatutnya sebarang berita disampaikan kepada mediaPERUBATAN sebelum disebarkan, baru tidak terjadi khabar2 angin yg belum sahih.

al-fatihah buat Ammar. semalam baru sahaja beliau berjanji ingin membeli Makrunah utk saya. TT_TT
 
 
#8 ahmad2504 2009-06-11 10:11 Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..

pastinya kenangan bersama allahyarham ammar akan sentiasa diingati..

smoga Allah selamatkn dan sembuhkn yg lain..
 
 
#9 jackster 2009-06-11 10:16 tambahan skt lagi:

ammar zulkifli merupakan ketua batch gen6 kaherah 2008/2009
 
 
#10 AL-AMIN 2009-06-11 11:19 salam,
inna lillahi wa inna ilaihi rajiun…
maklumat terbaru?
aman ngan akram mcm mana?
 
 
#11 dabeizzz 2009-06-11 13:49 salam…

Allahyarham Ammar merupakan insan yang telah menabur banyak…bakti pd masyarakat sekelilingnya.Kehilangannya dapat dirasa khususnya kami warga gen^6..yang semakin dapat merasai kemanisan ukhuwwah itu terutamanya di musim peperiksaan kali ini.sungguh!!

Kini kami diuji (kita semua diuji) dengan kehilangan ketua sebegitu rupa..hilang BAGAI tiada pengganti.

Namun Ammar beruntung kerana dijemput dalam keadaan yang sgt mulia..dlm keadaan dia hendak sekali lagi berbakti pada sahabat2nya.Allah~

Pasti Allah tempatkan rohnya dlm kalangan hambaNya yang TERPILIH.~ameen~

Mari kita sama2 perkuatkan doa,mohon kesejahteraan utk saudara eckem & aman,serta tidak lupa pada saif dan otai…

moga dipanjangkan umur dalam kebaikan dan dikuatkan jiwa dlm menghadapi ujian perit ini.
 
 
#12 cstolidus 2009-06-11 13:56 tambahan, ketua jabatan galeri gak!~

pagi tadi tersentap. walaupun tak kenal banyak tapi cukup terkilan tak tunaikan lagi hasrat ammar untuk ada penolong ketua jabatan n ammarlah orang yang tlg tangkapkan gambar untuk MT n mjls2

pernah sekali, ada terjalan dkt flickr kebetulan salah seorang member to be jabatan galeri, nampak ucapan dia " selamat bekerja dengan BPP/PO" lebih kurang begitu ayatnya..

:(

alfatihah
 
 
#13 rona_nailofar 2009-06-12 18:29 Slm sakinah utk semua..
Kabus menyelubungi kota kaherah…moga sinar matahari kembali memancar cahaya gemilangnya berserta pelangi sakinah..

Pasti kalian sedang berduka..aku yg tiada kaitan dgn mereka turut terkesan, x pernah bertegur sapa dgn mereka pun..apatah lagi kalian..dgn perginya shbt, ketua batch yg disayangi ,2 org lagi sahabat yg sedang berjuang menentukan nasib dan 2 sahabat dlm traumanya..siapa yg tak terluruh hatinya..?

akak2 n abg2ku..perjuangan kite di sini blm ternoktah..namun utk arwah, perjuangan dye di sni Alhamdulillah ternoktah dgn husnul khatimah..moga arwah berbahagia di daerah yg sne..

ingat kanda2 ku..tiada pertemuan abadi di sana tanpa perpisahan di sni..mgkin arwah tengah berbahagia di sana sambil menunggu kalian utk bersama memadu gembira di sana..

kalau benar kita sayangkan arwah, jadikan setiap perilakunya manfaat utk kite..hatta pemergiaannya menjadi suatu rahmah utk kite..utk kite lebih ingat akan kematian..meneguhkan tautan ukhwah sesame kite..menjadi motivasi kpd kite utk melunaskan hrpn arwah..dan sebagainya.. manfaatkan segala yg kalian dapat mase hayat dan penghujung hayatnya..sbgai amal jariah utknya..saham berterusan utknya..kalau hayatnya sebagai rahmah utk kte, biarlah juga pemergiannya sebagai RAHMAH utk kite..dan satu perkara, jagalah kebajikan familinya..

jgn jadikan pemergiannya, asbab utk kte berkeluh kesah, down utk study, utk teruskan perjuangan..apakah kalian fikir, arwah akan senang hati melihat kalian sebegini..? kalian fikir arwah akan gembira mengenangkan pemergiannya menjadi ASBAB kepada futurnya kwn2 nya, menjadi mudarat kepada kawan2nya..

kanda2ku gen 6…selamat berjuang utk esok…n seterusnya..
 

You cant comments here. Please Login or Register.

Shoutbox

Archives
08/02 22:27hafizadamcoming up next this nigh: berita naimah-israq
10/01 05:53hafizadamidea aku lagi best. jom jadikan v3 nih blog budak medik. haha
06/01 00:13pemenangwei..gua dapat idea..memFESBUKkan PO..ok x?
01/01 06:55hafizadam@Damak: will do that tomorrow. @Atiqah: PO nih pusat, tapi Kaherah je yang gune XD
01/01 06:44DamakHafiz, aku mencadangkan tambah sticker YM perubatan...
01/01 04:23atiqahhanifahPO ni untuk pusat or kaherah sbnrnye?
01/01 03:44hafizadammuhafazah da ade blog diorg sendirik. buat pe nk masukkan ke sini. menyemak je. =P
01/01 03:43hafizadamonline catalog bakal dimasukkan dalam projek tahun depan di infoPERUBATAN. da jumpe module yang sesuai. tinggal nak testing je. =)
01/01 03:19atiqahhanifahxleh ke bikon ada satu seksyen? buat online catalog ke..
01/01 03:18atiqahhanifahabgHafiz, iklan bikon on right hand side tu lapuk la
01/01 03:17atiqahhanifahkakraden nak bile berita bikon? rasa bikon dah mencapub enough dah ni... ^^ ahaha
01/01 01:43cstolidusberita muhafazah mne? :P *ngeh, xde org updte.. yea!*
31/12 21:56hafizadamStickers updated. semua akaun luar PO diletakkan. ape lagi perlu dibuat?
27/12 23:45hafizadamlain kali jgn kurang aja ngan abang-abang. har3~
27/12 20:37hafizadamradin tgh merajuk sbb da x jadi Admin. haha