1 Maut, 2 Cedera Parah Dalam Kemalangan

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Peristiwa - Utusan Perubatan

User Rating: / 11
PoorBest 

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.

Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu beriringan sebuah lori treler akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram disyaki mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti - mediaPERUBATAN

Comments  

 
#1 atiqahhanifah 2009-06-11 17:28 keep d news coming
we're all praying hard
 
 
#2 hafizadam 2009-06-11 17:37 berita ini ditulis berdasarkan maklumat setakat jam 8 pagi tadi.

the latest one:
Quote:
JPA_jack: td jumpe doc dgn abg iqbal, doc ckp aman alhamdulillah kuwaiyis awi, baru lepas recuscitate (preparation utk operate) tp diorang 2-2 blom operate, aman insyaAllah operate esok, ari ni die akan masuk wad dlu, eckm lak stakat pegi td, stil tgh recus, blm btl2 confirm hematoma ke ape, maybe operate mlm ni @ esok, stakat ni tu je kot wallahua'lam
 
 
#3 cstolidus 2009-06-11 18:02 teringat status Ammar tyme2 xm nih kam on2.. kam on2 ammar..

Eckm, … [selalu buat camni status … skg btl2 … , orang yg skekan terik matahari sedang terlantar]

"Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya"

Tribute untuk Ammar

[xkenal rapat pun dah terasa sakit, tak tahulah rasa orang yang benar-benar mengharungi hidup bersama mereka macam mana]
 
 
#4 hafizadam 2009-06-11 22:54 kenapa berita di atas lain dari mesej Jackster:
menurut abgBobby, sewaktu mereka ingin dioperate, berlaku perubahan keadaan secara tiba2. Aman mengalami hypovolumic shock manakala Akram disyaki mempunyai brain laceration di tempat yang tiada dalam CT scan. sebab itu mesej Jack menyatakan 'resuscitate'.

diagnosis lanjut sedang dibuat dan jadual terkini adalah seperti mesej Jackster.

TQ
 
 
#5 jackster 2009-06-12 00:59 jenazah ammar insyaAllah akan dihantar pulang ke malaysia pada awal pagi lusa (sabtu) menggunakan Egypt Air, pelan asal menggunakan SIA untuk jadual pagi esok (jumaat) terpaksa diubah kerana keengganan pihak SIA menempatkan jenazah di muatan kargo kerana ruang yang tidak mencukupi, wallahua'lam
 
 
#6 cstolidus 2009-06-12 02:37 Tadi menghebah tentang pembedahan Eckm.. ummu ammar reply

Makcik harapkan shbt2 ini cepat sembuh insyaallah - Ummu Ammar
 
 
#7 necron145 2009-06-12 05:53 slms…

agak ironic necron (greek prefix necro means death) comment kt sni…

ust hairul ckp kt aku…org muda slalu xingat mati..dpa rasa mati tu mcam jauh sj dri diri sndiri..so asyik dok enjoy sj.

mati xleh elak…hari ni saudara ammar..esok lusa mngkin kita..jd buat la amal ibadah bnyk2, istighfar bnyk2..

jgn lpa stdy kita sama…aku psti bro ammar msti xsuka klau kita asyik brkabung sampai lpa stdy…

smoga Allah mmberkati kita smua…amin
 

You cant comments here. Please Login or Register.

Shoutbox

Archives
08/02 22:27hafizadamcoming up next this nigh: berita naimah-israq
10/01 05:53hafizadamidea aku lagi best. jom jadikan v3 nih blog budak medik. haha
06/01 00:13pemenangwei..gua dapat idea..memFESBUKkan PO..ok x?
01/01 06:55hafizadam@Damak: will do that tomorrow. @Atiqah: PO nih pusat, tapi Kaherah je yang gune XD
01/01 06:44DamakHafiz, aku mencadangkan tambah sticker YM perubatan...
01/01 04:23atiqahhanifahPO ni untuk pusat or kaherah sbnrnye?
01/01 03:44hafizadammuhafazah da ade blog diorg sendirik. buat pe nk masukkan ke sini. menyemak je. =P
01/01 03:43hafizadamonline catalog bakal dimasukkan dalam projek tahun depan di infoPERUBATAN. da jumpe module yang sesuai. tinggal nak testing je. =)
01/01 03:19atiqahhanifahxleh ke bikon ada satu seksyen? buat online catalog ke..
01/01 03:18atiqahhanifahabgHafiz, iklan bikon on right hand side tu lapuk la
01/01 03:17atiqahhanifahkakraden nak bile berita bikon? rasa bikon dah mencapub enough dah ni... ^^ ahaha
01/01 01:43cstolidusberita muhafazah mne? :P *ngeh, xde org updte.. yea!*
31/12 21:56hafizadamStickers updated. semua akaun luar PO diletakkan. ape lagi perlu dibuat?
27/12 23:45hafizadamlain kali jgn kurang aja ngan abang-abang. har3~
27/12 20:37hafizadamradin tgh merajuk sbb da x jadi Admin. haha