Ucapan Takziah & Derma Kilat
Written by Biro Kebajikan Sunday, 14 June 2009 00:00
Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terbabit dalam nahas jalan raya yang berlaku pada 10 Jun yang lalu. Didoakan agar roh Allahyarham Muhammad Ammar bin Zulkifli ditempatkan di kalangan hamba Allah yang soleh dan mendapat balasan syurga di hari pengadilan kelak.
Untuk makluman semua warga PERUBATAN, dua lagi mangsa iaitu Muhammad Akram bin Abdul Kadir dan Abdul Rahman bin Ramzan yg ditahan di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Faransawi Kasr El-Ainy kini dilaporkan beransur pulih. Justeru itu, kami menyeru kepada semua warga PERUBATAN untuk terus meningkatkan munajat masing-masing mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka seperti biasa dan dapat meneruskan kehidupan seharian mereka secepat yang mungkin. Dua lagi mangsa yang terlibat iaitu Muhammad Saif bin Jamaludin dan Muhammad Fitri bin Tokiran telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Kami di pihak persatuan mendoakan kepada mereka yang terlibat dalam nahas ini, mangsa, ibu bapa, rakan-rakan mahupun kenalan mangsa yang terlibat agar diperkuatkan semangat dan keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan ini.
Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa yang terlibat, kami ingin melancarkan kutipan derma. Kutipan ini dibuat khusus bagi menampung kerugian kenderaan yang terlibat dalam nahas tersebut yang dikhabarkan menelan belanja sebanyak LE 25,000 manakala kos rawatan semuanya telah ditanggung oleh pihak JPA.
PERUBATAN menyeru bagi mereka yang berkemampuan agar kita dapat menyumbang mengikut kadar kemampuan masing-masing. Ini adalah penting bagi menunjukkan rasa kasih dan kebersamaan kita terhadap mangsa dalam mengharungi ujian yang sungguh mencabar ini.
Maka, dengan ini, kami pihak BIRO KEBAJIKAN PERUBATAN 08/09 melancarkan derma kilat khusus untuk kes kemalangan ini. Untuk pengetahuan semua, pelancaran derma kilat ini akan di laksanakan di seluruh Mesir, mengikut muhafazah masing-masing, seperti yang berikut :
1. KAHERAH
- Universiti Kaherah -
Tahun 1
- Anas bin Kasran
- Azfa Ammar Elias
Tahun 2
- Khairul Farhan bin Khairuddin
- Nurul Farhana Ibrahim
Tahun 3
- Azlee Mustafa
- Nadiah Damanhuri
Tahun 4 dan ke atas
- Mohd Husmar Israq Husin
- Nur Azah Yusof
- Universiti Ain Syams -
Tahun 1
- Muhd Aliff Adzham Anuar
- Nurazlin Abu Zarim
Tahun 2
- Mohd Khaliq Isa
- Nur Hidayah Abdul Majid
Tahun 3
- Mohd Amer bin Imran
- Suraya Abdul Hamid
Tahun 4 dan ke atas
- Mohd Husmar Israq Husin
- Nur Azah Yusof
- Universiti Al-Azhar -
Tahun 1
- Muhammad Ghazali bin Md Nor
- Anis Samihah
Tahun 4
- Mohd Safrin bin Md Bashaabidin
- Noor Samiah Mohd Salleh
2. MANSURAH
- Unit Kebajikan Mansurah 08/09 -
- Mujahid Sabri Mohd
- Siti Nuur Ain Sahleha Zaharuddin (wakil : Izzati Mohd Yunus)
3. ISKANDARIAH
- Unit Kebajikan Iskandariah 08/09 -
- Mohd Saufi bin Yaakob
- Faizatul Izzati Osmani
4. TANTA
- Unit Kebajikan Tanta 08/09 -
5. ZAQAZIQ
- Mohd Nor Amin Supande
- Nawal Nabilah Kamaluddin
5. ZAQAZIQ
- Unit Kebajikan Zaqaziq 08/09 -
- Abdul Hadi Mohd Zuki
- Azlizan Supian
6. MALAYSIA:
- Akaun Bank HSBC -
- 311 133 524 025 - Mohamad Saif bin Jamaluddin
Bagi ahli PERUBATAN Kaherah, diharapkan anda semua dapat membawa wang derma pada hari peperiksaan masing-masing dan menyerahkannya kepada wakil-wakil di atas. Manakala, sahabat-sahabat PERUBATAN di muhafazah pula, sila rujuk ajk UNIT KEBAJIKAN di muhafazah masing-masing untuk tujuan di atas.
Kami mensasarkan sumbangan sebanyak 25 ribu dikutip bagi tujuan
Kami mensasarkan sumbangan sebanyak 25 ribu dikutip bagi tujuan
- Menyediakan keperluan sahabat-sahabat kita dalam fasa penyembuhan mereka ( tongkat, kerusi roda dan sebagainya ).
- Mengadakan majlis tahlil yang lebih sempurna buat Allahyarham Muhammad Ammar bin Zulkifli.
Moga dengan sumbangan seikhlas hati sahabat-sahabat dapat menyumbang kepada beratnya timbangan kalian di sana nanti.
Sekian, terima kasih.
“Mengungguli Kecemerlangan, Mengerat Kebersamaan”
BIRO KEBAJIKAN PUSAT 08/09
- MUHAMMAD KHAIRUL IMDAD YUSUFF
- NAIMAH ZAKARIA
| < Prev | Next > |
|---|




Comments
RSS feed for comments to this post.