Stickers

Click here to join perubatan_mesir
twitter
youtube
facebook
YM

alex
mansoura
tanta
zaqziq

Sambutan Raya Perubatan Hambar

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Peristiwa - Utusan Perubatan

User Rating: / 2
PoorBest 

 

Hambar. Begitulah reaksi spontan oleh kebanyakan pelajar perubatan yang turut hadir dalam sambutan raya 'Gema Aidilfitri Perubatan' yang diadakan semalam. Majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah telah turut dihadiri oleh para pelajar dari seluruh pelusuk Mesir seperti Kaherah,Iskandariah,Tanta,Mansurah dan Zagaziq.

 

 

 

 

Wartawan dari Jabatan Berita turut melaporkan, majlis tersebut tamat tanpa disedari oleh sesetengah pihak. Hal ini jelas kelihatan di pihak akhawat yang ditempatkan di dalam dewan kelihatan tertunggu-tunggu menantikan slot tayangan video oleh media Perubatan dan pemenang pertandingan video terbaik seperti yang tertulis dalam tentatif program  untuk dimulakan, namun hampa apabila semuanya dikatakan sudah selesai oleh ajk program.

Menurut dari pihak ajk sambutan Gema Aidilfitri, semuanya berpunca dari masalah teknikal seperti sistem audio yang tidak dapat dielakkan. Pihak media perubatan cuba menghubungi pihak yang bertanggungjawab, namun panggilan telefon tidak berangkat.

Gema Aidilfitri yang telah dimulakan seawal jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 4 petang turut dimeriahkan oleh kumpulan nasyid Al-Munawwarah yang mendendangkan telah beberapa buah lagu raya. Mereka  diwakili oleh pelajar-pelajar tahun dua dan tahun satu  Universiti Kaherah dan Universiti Ain Shams -mediaPERUBATAN



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.