You are here: Kehidupan | Kesihatan | Syita'-Fuyu-Winter; Sejenak Kita Bersama

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4!

Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Syita'-Fuyu-Winter; Sejenak Kita Bersama

E-mail Print PDF
dihantar oleh suhailah
User Rating: / 0
PoorBest 

winter

Sabda Rasulullah s.a.w dalam Majma' Az-Zawaid' (3/203),

“Musim sejuk adalah musim yang terbaik buat orang-orang beriman. Malamnya panjang, lalu dia berqiamullail padanya. Siangnya pendek, lalu dia berpuasa padanya.” (hadith Hasan)

Kesihatan manusia umumnya banyak dipengaruhi oleh faktor kebersihan, makanan dan juga perubahan suhu persekitaran. Sebarang perubahan suhu persekitaran akan mengakibatkan adaptasi badan terhadap perubahan tersebut malah mengganggu sistem imuniti badan terutamanya jika perubahan mendadak. Kesannya, diri akan mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman dan virus akibat immuniti yang lemah. Kanak-kanak dan orang tua lebih cenderung untuk mendapat jangkitan pada musim ini. Seperti yang diketahui, musim sejuk sering dikaitkan dengan musim selesema, sakit tekak, demam dan sebagainya. Tidak dilupakan, musim ini juga merupakan musim menghadapi peperiksaan. Oleh yang demikian, setiap orang perlu mengambil berat akan kesihatan dan juga kebersihan diri masing-masing supaya anda lebih bersemangat untuk berhadapan dengan exam fever yang sebenar.

study.tido

Ketika berada di musim sejuk, terdapat beberapa perkara dan tips yang perlu dititikberatkan. Antaranya, pastikan anda sentiasa memakai stokin dan berbaju sejuk untuk mengelakkan kehilangan haba dari dalam badan. Elakkan memakai pakaian yang dihasilkan dari kain sintetik atau dari jenis yang berbulu terus pada kulit kerana ia akan menyebabkan iritasi pada kulit. Pakaian yang berlapis serta dihasilkan dari kain kapas amat sesuai digunakan kerana ia mampu menjadi penebat haba yang baik kepada tubuh.

Elakkan penggunaan air yang sangat panas dan sangat sejuk ketika mandi, kerana hal ini boleh menyebabkan kekeringan. Sebaiknya mandi dengan menggunakan air suam atau gunakan sakhonah (pemanas) yang ada di rumah. Perlu diingatkan, sabun antibakteria boleh menyebabkan kulit menjadi kering, jadi seeloknya gunakan mild soap atau sabun yang dapat mengekalkan kelembapan kulit dan elak daripada mandi berulang kali sehari terutamanya pada waktu malam. Lap tubuh sehingga kering sebelum keluar dari bilik air. Seboleh-bolehnya elakkan keluar rumah sejurus selepas mandi. Seeloknya tunggu selama 15 hingga 30 minit sebelum keluar rumah untuk memastikan tubuh benar-benar kering serta untuk mengelakkan badan terkesan daripada perubahan suhu persekitaran secara mendadak.

Penggunaan losyen atau krim pelembap amat digalakkan bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan teriritasi akibat angin sejuk dan penggunaan pemanas dan sebaik-baiknya pilih losyen yang mengandungi vitamin E atau dari jenis oil based. Kekeringan bibir adalah perkara yang biasa pada musim sejuk kerana bibir tidak mempunyai kelenjar minyak. Jangan jilat bibir kerana ia akan menambahkan lagi kekeringan pada bibir. Sekiranya bibir kering sapukan pelembap. Bawa pelembap bibir ke mana-mana supaya mudah digunakan apabila perlu.

frostbiteSesak nafas dan frostbite (sel beku dan pengecutan salur darah yang melampau) pula berlaku akibat persekitaran yang terlalu sejuk. Kebiasaannya, frostbite akan menyerang anggota badan seperti muka, telinga, tangan dan kaki. Orang yang mengalaminya akan berasa kebas berbanding rasa sakit dan bahagian yang diserang frostbite akan menjadi pucat. Jika keadaan ini berlaku, balut bahagian tersebut dengan kain atau sekiranya tiada kain, lindungi bahagian tersebut dengan anggota badan yang lain. Sila dapatkan rawatan doktor dengan segera jika keadaan sebegini berlanjutan.

Amalkan juga diet yang seimbang. Pastikan anda menjaga pemakanan pada musim sejuk bagi mengelakkan penurunan kadar metabolisma badan. Kadar metabolisma yang rendah boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi anti oksida dan vitamin seperti lobak merah, buah delima, kiwi dan lain-lain lagi. Pengambilan teh hijau juga digalakkan kerana kandungan anti oksida yang terdapat di dalamnya. Pemakanan yang baik dapat meningkatkan imuniti badan terhadap penyakit. Khasiat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali. Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti telur, ikan dan daging serta karbohidrat. Selain itu, mentega, lobak merah, jintan putih dan bawang putih adalah antara makanan yang mempunyai khasiatnya tersendiri iaitu mampu memanaskan badan terutama pada musim sejuk ini.

fruits-and-vegetables

Tingkatkan pengambilan air (sebaik-baiknya air suam) untuk membantu merembeskan toksin dalam badan serta mengekalkan suhu badan agar berada di tahap yang optimum. Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh University of California, San Fransisco mendapati bahawa jika minum terlalu banyak air manis, kandungan gula boleh ‘menipu’ otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

glass of waterJika seseorang itu kurang minum air masak dalam sehari, ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan dan akan menyebabkan dia untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu. Kurangkan pengambilan gula dalam minuman kerana hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan dirinya berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelak daripada makan banyak kali.

Lazimi amalan membasuh tangan untuk mengelakkan penularan pelbagai jenis penyakit. Kurangkan kekerapan mandi setiap hari. Walaupun tidak mandi dalam tempoh yang agak lama, lap badan dengan tuala lembab untuk memastikan kebersihan diri tetap terjaga. Selepas mengambil wuduk, lap sehingga kering anggota wuduk itu. Pemakaian stokin ketika kaki basah boleh mengakibatkan kudis air. Seterusnya, kekal aktif untuk memastikan diri kekal sihat. Amalkan juga senaman ringkas untuk melancarkan peredaran darah dan meningkatkan suhu badan di samping dapat mengawal berat badan serta membakar kalori yang banyak diambil semasa musim ini.

Semua sedia maklum, musim sejuk mempunyai waktu malam yang agak panjang. Jadi, kawal masa tidur untuk mengelakkan anda tidur terlalu lama pada waktu malam. Manfaatkan waktu malam yang panjang ini untuk qiam dan mengulangkaji subjek yang diperoleh semasa kuliah. Manfaatkan juga masa siangnya yang pendek untuk berpuasa.

solatqiam

Kepada semua khususnya tolibul ‘ilmi yang berkelana menuntut ilmu di perlembahan Nil ini, semoga kehadiran musim syita’ pada kali ini memberikan kita seinfiniti peluang untuk sama-sama meningkatkan kualiti iman serta taqwa kita kepada Sang Khaliq. Keutamaan sebagai penuntut ilmu juga perlu seiring dengan tanggungjawab serta amanah sebagai seorang hamba, dai’e dan khalifah. Pastikan kesihatan diri anda sentiasa berada pada tahap yang optimum agar dapat membuahkan hasil yang positif kepada diri sendiri, agama, ummah dan juga persatuan PERUBATAN yang kita naungi.

Sumber dari :
http://warnawarnitoyama.blogspot.com/2011/11/tips-musim-sejuk.html
http://tanta.perubatan.org/v1/2011/11/artikel-tips-kesihatan-menjelang-musim-sejuk/#.Ts6S8BfBaZQ
http://ppimi.org/2011/11/22/panduan-musim-sejuk/
http://www.ashtech.com.my/DIL/start/artikel/Makanan%20Dan%20Hikmahnya%20dalam%20Islam.htm
http://www.idph.state.il.us/public/hb/hbwinter.htm


Banner

Tags:


Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru