You are here: Kenyataan | Rasmi | Kenyataan Berhubung Gangguan Seksual Dan Keselamatan Akhawat PERUBATAN

Kenyataan Berhubung Gangguan Seksual Dan Keselamatan Akhawat PERUBATAN

E-mail Print PDF
dihantar oleh madsha_88
Rating: / 4
InferiorSuperior 

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah,  setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan nikmat untuk kita bernafas dibumi-Nya ini. Dalam erti kata yang lain, Allah SWT masih lagi memberikan peluang kepada kita semua untuk merenung dan bermuhasabah kembali dosa-dosa yang kita buat sama ada sedar ataupun tidak!

Pertamanya, bagi pihak persatuan, kita merasa sangat dukacita dan kesal terhadap beberapa siri gangguan seksual dan keselamatan yang telah dilakukan oleh segelintir warga Mesir yang tidak bertamadun ini.

Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil, namun insiden yang tak di ingini ini tetap juga berlaku. Oleh itu, diharapkan agar akhawat sekalian agar lebih berwaspada dan cakna terhadap maruah dan keselamatan diri masing-masing!

Black Area?

Bagi pihak JAKSI, kita telah menyenarai hitamkan beberapa tempat yang dilaporkan telah berlaku kes yang tidak diingini ini.

petakeselamatan

Justeru, kami memohon kepada akhawat agar mengambil perhatian dan melakukan beberapa tindakan apabila melalui jalan-jalan ini!

  1. Cuba seboleh mungkin untuk tidak melalui jalan ini, cari jalan alternatif lain.
  2. Jangan sekali-kali berjalan seorang diri!
  3. Sila berjalan dalam kumpulan ramai iaitu 3 ke atas.
  4. Manfaatkan sistem musyrif yang telah ada.
  5. Elakkan lalu jalan ini ketika budak sekolah Arab pulang.
  6. Bawa ‘senjata’ bersama-sama. Contoh : Pisau, screwdriver, kayu dan semburan serbuk lada
  7. Jangan redha dan berdiam diri apabila diganggu Arab.
  8. Cuba melawan dan menengking mereka semampu boleh.
  9. Hafal kalimah-kalimah Arab untuk digunakan disaat kecemasan :
    1. Ilhaquuni/ilha’uuni !: tolong aku!
    2. Haraami! : pencuri!!
    3. Huwwa massah gasadi! : dia sentuh badan aku!
    4. Haa’ul syurtoh! : aku nak report polis!

Oleh itu, pihak JAKSI memohon kepada para akhawat agar menguar-uarkan black area ini agar kejadian yang tidak diingini ini dapat dielakkan pada masa akan datang. Segala risiko disebalik pengabaian amaran-amaran ini silalah tanggung sendiri!

Di kesempatan ini juga, pihak JAKSI ingin melahirkan sedikit kekecewaan terhadap sikap segelintir ahli PERUBATAN yang hanya mendiamkan diri apabila kes-kes yang seumpama begini berlaku!

Akhirnya, kita sebagai umat islam dianjurkan agar berdoa dan sentiasa menyedari  bahawa kita insan yang lemah dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.

Oleh itu, setelah kita habis berusaha, maka bertawakkallah kepada Allah. Kerana sesungguhnya Dia lah sebaik-baik penolong, sebaik-baik pelindung kepada kita semua!.

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati.

Mohammad Shakir Bin Izani,
Pengarah JAKSI PERUBATAN 2010/2011


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

Bacaan Lain Dari Kategori IniPopular Sepanjang Zaman

Comments  

 
+1 # haru_9631 2011-01-01 13:46 tahniah akhirnya setelah sekian menanti, ada juga benda rasmi terbit dari JAKSI PERUBATAN Pusat.

mungkin penulis artikel boleh link-kan artikel Saudari Ramisah di kala menyebut "Bagi pihak JAKSI, kita telah menyenarai hitamkan beberapa tempat," nampak lebih teratur bila meng-quote sumber.

"pihak JAKSI ingin melahirkan sedikit kekecewaan terhadap sikap segelintir ahli PERUBATAN yang hanya mendiamkan diri apabila berlaku kes-kes yang seumpama begini berlaku!"

benda ini berlaku? maksudnya ape?
Quote
 
 
# haru_9631 2011-01-01 15:10 thank you admin tukang edit :) Quote
 
 
+1 # haru_9631 2011-01-01 13:47 btw nice map, tahniah mediaPERUBATAN tak perlu usul pun sedang giat memperkasakan diri Quote
 
 
# farid amin 2011-01-01 16:31 madsya terbaik..sokong sama boss Quote
 

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh