
PERUBATAN menyatakan rasa dukacita atas pemergian saudara Ahmad Zahinuddin bin Patah Raji, bakal pelajar Tahun 1 Universiti Kaherah di dalam kemalangan jalanraya sempena Aidilfitri di Malaysia pada 4 September 2011 lalu dan Ustaz Haizrol Azizy bin Idrus, mahasiswa Selangor yang telah kembali ke rahmatullah semalam pada 8 September 2011 akibat dilanggar kereta di Jalan Solah Salim pada malam sebelumnya. Sesungguhnya kejadian yang menimpa kedua-dua arwah ini merupakan suatu insiden yang menyedihkan kepada seluruh ahli PERUBATAN di Mesir.
Mewakili PERUBATAN, kami dengan ini ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah, seterusnya kepada kenalan dan sahabat handai yang mengenali beliau sewaktu hidupnya. Kami mendoakan agar roh beliau ditempatkan di syurga Allah sebaris dengan hamba-hamba Allah yang soleh yang lain. Di kesempatan ini juga, kami ingin berpesan kepada seluruh ahli PERUBATAN agar meningkatkan kawalan keselamatan diri masing-masing ketika anda berada di atas jalanraya.
Untuk makluman, insyaAllah pada hari ini, 9 September 2011 akan diadakan Solat Jenazah untuk Allahyarham Ustaz Haizrol Azizy bin Idrus di Dataran Hayyu Asyir sejurus selepas solat Jumaat. Jenazah Allahyarham juga akan dikebumikan di Perkuburan Malaysia Hayyu Asyir pada hari ini juga. Dijemput kepada seluruh ahli PERUBATAN untuk hadir memberikan penghormatan akhir kepada Allahyarham.
Sekian, AlBaqa’lillah
Ilmuan Berbakti Teguh Sehati
TAQWA SYIFA’RAHMAH
Syafiq bin Hamdani
Presiden PERUBATAN
| < Prev | Next > |
|---|








