You are here: Kenyataan | Rasmi | Selamat Datang Seluruh Penuntut Sains Kesihatan ke Mesir 2011/2012

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4!

Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Selamat Datang Seluruh Penuntut Sains Kesihatan ke Mesir 2011/2012

E-mail Print PDF
dihantar oleh hafizadam
User Rating: / 0
PoorBest 

Selamat Datang kepada Seluruh Penuntut Sains Kesihatan ke Mesir sesi 2011/2012

Bumi ardul kinanah ini tidak kering daripada kehadiran penuntut-penuntut ilmu yang ikhlas dalam usaha meninggikan keagungan ummah Islam. Ia fenomena bermusim yang melihat kepada kebanjiran mahasiswa mahasiswi dari seluruh pelosok dunia akan hadir bagi menceduk takungan ilmu dalam pelbagai bidang sama ada perubatan, pergigian dan farmasi.

Seruan kerajaan Malaysia bagi meningkatkan jumlah professional di kalangan warganegara Malaysia terutamanya dalam bidang kesihatan disambut baik oleh pihak PERUBATAN dan usaha dan komitmen serius daripada kerajaan Malaysia ini seharusnya dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Justeru, dengan kehadiran ratusan mahasiswa mahasiswi baru dalam bidang pengajian kesihatan ini sememangnya dialu-alukan oleh pihak PERUBATAN yang menjadi wakil senior yang berpengalaman di bumi Mesir dalam memberi tunjuk ajar kepada adik-adik baru ini.

AHLAN 11’ Bakal Menggamit Memori Indah Mahasiswa Baru

Program Sambutan Mahasiswa Baru PERUBATAN kali ini diberikan nafas baru dengan nama yang lebih segar dan menceriakan. Dinamakan sebagai AHLAN '11, PERUBATAN sentiasa setia menantikan kehadiran warga permata penuntut ilmu ke bumi Mesir ini.

Terkini, AHLAN yang dianjurkan oleh PERUBATAN adalah berkonsepkan orientasi mengikut pengajian  universiti masing-masing selaras dengan agenda PERUBATAN untuk mengeratkan hubungan seluruh mahasiswa baru di kalangan satu universiti di Mesir. Pihak PERUBATAN di setiap universiti di Mesir sedang giat bertungkus lumus menyediakan persiapan bagi menyambut mahasiswa baru ini.

Buat akhirnya, kami mendoakan kelancaran pengurusan sambutan mahasiswa dari awal hingga ke akhir program. Sekalung ucapan terima kasih daripada PERUBATAN kepada seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan AHLAN '11 kali ini.

Sekian.

TAQWA SYIFA RAHMAH
Ilmuan Berbakti Teguh Sehati

Syafiq bin Hamdani
Presiden PERUBATAN 2011/2012

syafiqhamdani


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru