You are here: Kenyataan | Rasmi | Kenyataan Rasmi: PERUBATAN Sesi 2011/2012 Menutup Tirai Pentadbiran

Kenyataan Rasmi: PERUBATAN Sesi 2011/2012 Menutup Tirai Pentadbiran

E-mail Print PDF
dihantar oleh suhailah
Rating: / 0
InferiorSuperior 

logo jpeg coloured small

Bismillahirrahmanirraheem

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang memberikan rahmat Islam dan Iman kepada seluruh umat Islam yang menjunjung taa’bud kepada-Nya. Selawat dan salam kepada Rasul Sekalian Alam, Nabi Muhammad S.A.W, kepada keluarga Baginda, kepada para Sahabat, kepada Tabién dan Tabi’ Tabién, para alim ulama’ dan seluruh pejuang agama Allah di muka bumi ini.

Sesi PERUBATAN 2011/2012 kini tiba ke penghujungya. Tanggal 1 Mac 2012 ini menandakan perjuangan sesi kepimpinan PERUBATAN 2011/2012 dalam membawa ahli PERUBATAN dalam satu agenda yang padu dinamakan sebagai “Ilmuan Berbakti Teguh Sehati” telah berakhir.

Ia merupakan gerak kerja melaksanakan khidmat yang seimbang kepada ahli dalam memperkasa pencapaian akademik, menjaga kemaslahatan kebajikan, membina penampilan dan sahsiah yang mulia di kalangan ahli sejurusnya berhasrat besar untuk melahirkan kesatuan ang jitu di kalangan mahasiswa mahasiswi sains kesihatan sama ada pengajian perubatan, pergigian atau farmasi di bawah lembayung PERUBATAN.

Maka dengan itu, sebelum menutup tirai sesi pentabiran PERUBATAN 2011/2012, kami di barisan pimpinan AJKT PERUBATAN mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh ahli kepada PERUBATAN.

Semestinya terdapat kekurangan, kelemahan atau tindakan yang kadangkala mengguris hati mana-mana pihak selama mana melibatkan diri dalam PERUBATAN. Maka kami menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki untuk kelemahan yang menimpa diri kami dalam memimpin seluruh ahli PERUBATAN.

Semoga ahli terus meletakkan komitmen yang tinggi di dalam PERUBATAN di bawah kepimpinan PERUBATAN sesi 2012/2013.

Semoga ahli PERUBATAN terus melaksanakan perubahan yang baik kepada ummah PERUBATAN.

Semoga bertemu dan bersidang dengan harmoni di dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 8 esok.

Barisan Pimpinan AJKT PERUBATAN 2011/2012


Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati,
At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah

syafiqhamdani
Syafiq Hamdani
Presiden
PERUBATAN 2011/2012


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

Bacaan Lain Dari Kategori IniPopular Sepanjang Zaman

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh