
Berlabuhnya tirai Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-8 (MAT 8) pada 2 Mac lalu bermakna, berlabuhlah juga sesi pentadbiran PERUBATAN 2011/2012, memindahkan tampuk kepimpinan kepada barisan AJKT baru bagi sesi 2012/2013.
Pimpinan PERUBATAN sesi 2012/2013, insya Allah, akan mengemudi PERUBATAN dengan mengenengahkan lima agenda pembawaan utama:
- Akademik
- Kebajikan
- Kesatuan
- Profesionalisme
- Pemacuan Ekonomi
Beberapa fokus pemerkasaan juga telah dikenalpasti dan akan diterapkan dalam gerak kerja seluruh tenaga penggerak PERUBATAN bagi memastikan apa yang pernah ada sebelum ini diteruskan dengan baik, dan memperbaik segala kekurangan atau kelemahan pada gerak kerja sebelumnya.
Berikut disenaraikan portfolio bagi seluruh AJKt sesi 2012/2013:
PRESIDEN
Wan Ahmad Hafizi Wan Ahmad Junaidi
TIMBALAN PRESIDEN I
Abd Rahim Samad
TIMBALAN PRESIDEN II
‘Aisyah Zahirah Sukeri
SETIAUSAHA AGUNG
Muhammad Ridzuan Mod Nor
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
Nur Humairah Che Ibrahim
BENDAHARI KEHORMAT
Muhammad Azizul Hakim Azizul
TIMBALAN BENDAHARI KEHORMAT
Siti Khadijah Daud
BIRO AKADEMIK
Mohd Deenie Mohd Rodzhan
Farhana Bakri
BIRO PEMBANGUNAN INSAN
Muhammad Mu’izuddin Azmi
Nur Sabiha Zakaria
BIRO KEBAJIKAN
Muhammad Faiz Mujahid Mohd Safiee
Nihal Mohd Tarmizi
BIRO PENERBITAN & PENERANGAN
Ahmad Faiz Zaib
Nur Hanisah Naspu
BIRO SUKAN & AKTIVITI LUAR
Mohamad ‘Arif Rukaini Mohamed Sufian
Nurul Afifah Rosman
BIRO EKONOMI
Hamzah Marwan
Izzati Farhanah Arip
BIRO PERUMAHAN
Ahmad Kamil Ahmad Fahmi
Nurul Izzah Abdul Halim
Hakikatnya, apa yang dibawa pada sesi kali ini bukanlah perkara yang baru. Semuanya merupakan idea-idea yang pernah muncul sebelum ini, sama ada telah dijalankan, atau ditangguhkan kerana melihat kepada keadaan yang masih belum sesuai. Satu usaha telah kami lakukan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang dihadapi dalam PERUBATAN. Hasilnya, beberapa perancangan telah digazet dalam bentuk kertas kerja Agenda yang telah kami dihasilkan.
Diharapkan semoga sesi pentadbiran ini akan berjalan dengan cemerlang, dan seandainya diizinkan Allah, lebih baik daripada sesi-sesi sebelum ini, setelah belajar daripada pengalaman abang-abang dan kakak-kakak yang lebih dahulu mengemudi PERUBATAN.
Kami di barisan pimpinan PERUBATAN mengharapkan sokongan padu daripada seluruh ahli PERUBATAN bagi sama-sama menggerakkan wadah kesatuan kita ini. Teguran, komentar dan cadangan kalian adalah kami harapkan, dan boleh disalurkan kepada seluruh barisan pimpinan pada bila-bila masa.
Semoga segala usaha ini diberkati Allah jua hendaknya, Sieru ala barakatillah.
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"
At-Taqwa, Asy-Syifa, Ar-Rahmah

| < Prev | Next > |
|---|







