
Hayyu Sabik, 29 Dis - Mahasiswa Melaka hari ini menyatakan rasa kurang senang dengan keputusan kerajaan negeri Melaka yang memutuskan untuk menubuhkan persatuan baru yang dikenali dengan IMAM bagi menggantikan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka (BKKIM) yang telah sedia ada bertapak kukuh dalam jiwa anak-anak Melaka di Mesir. Ini dinyatakan oleh mereka dalam suatu majlis ramah mesra bersama dengan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam yang hadir ke Mesir bagi merasmikan Wisma Seri Melaka di wisma tersebut.
"Kami menyokong penuh kepimpinan dan persatuan BKKIM sekarang kerana mereka telah banyak menabur bakti kepada kami. Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk menubuhkan sebuah persatuan baru memandangkan persatuan sedia ada memang sudah terbukti sangat berjaya menghulurkan pertolongan kepada kami. Bahkan majlis kita pada hari ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan BKKIM yang tanpa henti-henti memerah keringat bagi memastikan program hari ini berjaya." ujar Amir Al-Amin bin Mustaffa, pelajar Perubatan Universiti Al-Azhar yang kini berada di tahun kelima pengajiannya di Mesir.
Majlis ramah mesra ini berlangsung dalam keadaan penuh diplomasi dan kebanyakan mahasiswa mahukan agar keputusan kerajaan negeri untuk menubuhkan persatuan baru ini dikaji semula. Mereka berpendapat bahawa keputusan ini masih lagi boleh dirunding dengan baik memandangkan keputusan ini dibuat tanpa merujuk kepada mereka selaku warga mahasiswa di sini. Persatuan baru yang akan ditubuhkan adalah tidak relevan dan bakal menimbulkan perpecahan di kalangan ahli dan bakal menggugat keharmonian hidup warga mahasiswa Melaka di sini.
Namun begitu, Yang Dipertua BKKIM Ustaz Harman bin Hassan memohon supaya seluruh warga BKKIM tidak kiralah mereka yang mengambil jurusan pengajian Islam mahupun perubatan agar bertenang dan bersabar dalam menyatakan pendirian masing-masing. Ini kerana pintu rundingan masih lagi dijalankan dan beliau memohon agar sama-sama kita meningkatkan munajat kita agar suara hati anak-anak Melaka didengari oleh ayahanda Ketua Menteri kita yang tercinta.
| < Prev | Next > |
|---|









Comments
ini bakal mencetuskan kekecohan dlam pertubuhan,
nilah agenda freemason, Quote
Pada saya, menubuhkan satu benda yang baru lebih susah daripada memperkasakan benda yang dah sedia ada. Saya betul-betul berharap agar pihak kerajaan menimbangkan semula penubuhan IMAM ni, kerana persatuan baru ini sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi akademik pelajar kerana pelajar Melaka terpaksa memberi komitmen kepada 2 persatuan Melaka, sama ada mereka adalah ahli biasa. Apatah lagi, sekiranya mereka adalah AJKT.
Saya percaya, penubuhan IMAM telah diteliti oleh pihak kerajaan Melaka. Namun, mungkin perbincangan yang melibatkan satu pihak sahaja, tanpa melibatkan wakil persatuan BKKIM (yang sudah lama menjaga kebajikan rakyat Melaka di Mesir) kurang menghasilkan keputusan yang sesuai dan praktikal untuk diaplikasikan di Mesir. Mungkin pihak kerajaan dapat menjadikan pertemuan dengan anak-anak Melaka di Mesir baru-baru ini sebagai isi tambahan untuk dipertimbangkan semula sebelum apa-apa keputusan yang melibatkan anak-anak Melaka di Mesir ini dilaksanakan.
Anak-anak Melaka hidup dengan realiti di Mesir dan semestinya mereka lebih memahami keperluan mereka dalam menjaga kebajikan mereka dan melonjakkan akademik mereka.
Slogan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak, RAKYAT didahulukan, PENCAPAIAN diutamakan dapat diserapkan juga ke Mesir melalui pihak kerajaan Melaka, dengan mendengar suara hati anak-anak melaka (rakyat) itu sendiri bagi melonjakkan kecemerlangan mereka dalam akademik seterusnya menjadi modal Insan yang berharga buat negeri melaka (pencapaian) khususnya dan Malaysia amnya.
Anak-anak Melaka di Mesir semua menyayangi Ketua Menteri Melaka, kerajaannya bahkan rakyatnya.
Suara hati mereka layak didengari.
Mereka adalah agen kepada kemajuan Melaka kelak. Mereka adalah penggerak yang akan mencorakkan Melaka pada masa akan datang, negeri kesayangan Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam juga...
sekian, wassalam. Quote
agknye da takde keje len kot...asek na susakan idop mahasiswa,mempe rgunakan DUIT ZAKAT!!!(1 prsoalan y pnh diajukan ole ust,hairul nizam:duit zakat ni adalah hak kerajaan negeri atau duit yang diamanahkan kpd kerajaan negeri utk diagih-agihkan???)~sj na bgkitkan hal ni...mahasiswa bukanla golongan y ptot disekat dan didesak dgn mcm2 ancaman,(isu y dicetuskan ali rustam ni bole dikire sbg ancaman secara HALUS.)mahasiswa adalah golongan y ptot diberi peluang krn mrklah y akn membiakkan idea2 segar y akn menjana transformasi kpd Malaysia-ke arah Malaysia y berpandukan AL-QURAN dan AS-SUNNAH.(bukan berpandukan pemimpin y kononny BIJAK semata2..~na ubah mcm2 ekot kepentingan poket sndiri) Quote
-dulu pernah jadi dua persatuan negeri camni, selangir dan kedah.. dua2 nya terkubur x lama pastu.. BKAN terus hidup.. kite tgk je nnti jadi camne.. Quote
RSS feed for comments to this post