You are here: Peristiwa | Berita Induk | Jenazah Allahyarham Fareez Izhar Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarham Fareez Izhar Selamat Dikebumikan

E-mail Print PDF
dihantar oleh faisazli
Rating: / 0
InferiorSuperior 

Hayyu Asyir, 12 November- Jenazah Allahyarham Fareez Izhar Bin Zainudin telah selamat tiba dan disembahyangkan di Dataran Hayyu Asyir sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang berdekatan. Jenazah yang tiba dengan menaiki ambulans pada jam 11.05 malam telah disambut dalam suasana yang pilu oleh kira-kira 300 mahasiswa/i.

arwah fareez

Walaupun ketibaan jenazah agak lewat dari masa yang dijangkakan, namun rata-rata hadirin yang membanjiri dataran tidak berganjak dan sanggup menunggu ketibaan jenazah seawal jam 10 malam lagi. Kebanyakan yang hadir terdiri daripada kenalan rapat arwah bagi menyempurnakan urusan solat jenazah dan mengiringi perjalanan terakhir arwah ke tanah perkuburan.

Turut menghadiri solat jenazah tersebut ialah Presiden PERUBATAN, saudara Syafiq Bin Hamdani dan beberapa AJKT PERUBATAN yang lain. Ketika ditanya, saudara Syafiq Bin Hamdani melahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham yang disifatkan seorang yang mudah tersenyum dan baik hati. “Semoga beliau ditempatkan bersama-sama golongan yang soleh di akhirat kelak”, ujar beliau.

Warga PERUBATAN mengucapkan takziah diatas pemergian Allahyarham Fareez Izhar Bin Zainudin. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Al-Fatihah.

Semoga kematian yang berlaku disekitar kita dapat menginsafkan diri kita dan kembali bermuhasabah sejauh mana persediaan kita yang masih hidup untuk menghadapi kematian. Sesungguhnya kematian itu adalah pasti untuk setiap makhluk yang bernyawa, yang kekal hanya Allah, pencipta alam semesta.


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

Bacaan Lain Dari Kategori IniPopular Sepanjang Zaman

Comments  

 
# no name 2011-11-13 02:10 takziah..smoga dipermudahkan sgala urusan bg arwah disana..amin Ya Rabb Quote
 

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh