DMAK, 31 Disember 2011 - Jam 4 petang semalam menandakan tamatnya proses pembuangan undi bagi Pilihanraya PERUBATAN 2012/2013 di dua pusat pembuangan undi di sekitar Kaherah iaitu di Dewan Malaysia Abbasiyyah Kaherah dan Rumah Kelantan Baru di Hayyu Sabie. Pusat-pusat pembuangan undi turut dibuka di setiap muhafazah malah ada yang ditutup pada jam 5 petang.

Suasana pengundian di DMAK yang teratur dan sistematik.
"Semalam kita membuka dua pusat pengundian iaitu di DMAK dan Rumah Kelantan Baru di Hayyu Sabie, dan ini merupakan lakaran baru dalam kanvas sejarah pengundian di peringkat Kaherah. Semua berjalan lancar semalam," komen Timbalan Pengarah JPP 2011, Saudara Muhammad Hazwan bin Salleh. "JPP akan sentiasa memperbaiki kelemahan dengan memperhalusi muhasabah atau feedback yang diberikan ahli supaya lebih ramai lagi ahli PERUBATAN yang akan turun mengundi pada masa akan datang. Tahniah saya ucapkan kepada para ahli yang turun mengundi."

Ikhwah-ikhwah turun mengundi dengan pelbagai gaya dan ragam. Pastinya, mereka tetap menunaikan tanggungjawab dengan riang.

Petugas JPP dilanda emosi apabila Saudara Muhammad Zul Hazmi bin Ahmad Zawawi, senior yang akan pulang terus ke Malaysia turut turun mengundi.
Para mahasiswa yang pertama kali mengundi turut menyatakan keterujaan mereka. "Saya sangat excited kerana ini kali pertama saya mengundi," komen mahasiswi tahun dua perubatan, Saudari Dhuhazzaini binti Ahmad. Ditanya apakah yang mendorongnya untuk turun ke DMAK pada hari tersebut, beliau mengatakan seruan oleh mentor Smart Circlenya menanam kefahaman mengenai tanggungjawab tersebut kepadanya. "Memilih pemimpin yang dirasakan layak adalah satu amanah."

Ahli PERUBATAN membuktikan, mengundi merupakan tanggungjawab semua dan kecederaan bukanlah satu alasan.
Keputusan pilihanraya kali ini yang bakal dikeluarkan oleh pihak JPP pada hari ini adalah hasil undian majoriti ahli-ahli di seluruh muhafazah bagi memilih Presiden, Timbalan Presiden II, 8 AJKT lelaki dan 7 AJKT perempuan.
| < Prev | Next > |
|---|








