Kaherah, 24 Februari – Proses pencalonan yang telah dibuka kepada seluruh ahli PERUBATAN di Kaherah bagi memegang jawatan di dalam organisasi PERUBATAN selesai pada hari ini. Proses pencalonan ini meletakkan kaedah sukarelawan kepada mana-mana ahli yang berminat untuk menyumbang kepada ahli PERUBATAN dengan memegang jawatan di dalam organisasi PERUBATAN di setiap universiti.

Pencalonan ini telah dibuka kepada semua penuntut sains kesihatan di Kaherah dalam tempoh seminggu dan ditutup pada hari ini iaitu 24 Februari, mengikut tarikh awal yang telah ditetapkan. Proses pencalonan ini mendapat kerjasama yang baik di kalangan Majlis Ketua Batch (MKB) yang mengadakan hebahan di dalam kelas dan mengedarkan borang dalam kalangan ahli.
Ternyata, pencalonan ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada kalangan ahli dari setiap universiti yang jelas menyatakan hasrat murni dalam diri mereka untuk berbakti kepada masyarakat mahasiswa sains kesihatan di Kaherah bersama PERUBATAN.
“Borang pencalonan mendapat sambutan baik daripada ahli PERUBATAN. Saya yakin hasrat ahli PERUBATAN untuk melihat PERUBATAN berkembang baik lebih jauh pada hari ini akan tercapai”, ujar saudara Mohd Aizuddin bin Daud selaku ketua batch tahun 3 di Universiti Kaherah.
| < Prev | Next > |
|---|







