You are here: Peristiwa | Berita Cawangan | Jenazah Ahmad Sarhan Selamat Dikebumikan

Jenazah Ahmad Sarhan Selamat Dikebumikan

E-mail Print PDF
dihantar oleh Damak
Rating: / 4
InferiorSuperior 

Hayyu Asyir, 13 Feb. - Berikutan tragedi yang menimpa seorang pelajar PERUBATAN Tanta di Iskandariah, Allahyarham Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan yang kematian pada khamis yang lalu, jenazah Allahyarham telah selamat diuruskan pada hari ini dengan lancarnya.

Sekitar jam 10 pagi, jenazah Allahyarham selamat sampai di Dataran Kompleks Negeri Hayyu Asyir diiringi oleh pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah bersama pegawai-pegawai JPMK dan saudara Azhan bin Hamdan selaku pengerusi Perubatan Cawangan Tanta dan saudara Ahmad Farhan bin Mahabot wakil pelajar Iskandariah.Sejurus ketibaan, allahyarham terus disolatkan di dataran kompleks.

 

 

Selesai solat, jenazah Allahyarham dihantar dan dikuburkan di tanah perkuburan milik kedutaan Malaysia di Hayyu Asyir sekitar jam 11 pagi. Menjadi tumpuan pada hari ini, mantan menteri besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin turut hadir bersama ke dataran menunaikan solat dan mengiringi jenazah ke perkuburan. Beliau hadir ke Mesir atas rangka kerja selama 2 hari di sini.

 

 

Rakan- rakan sekuliah allahyarham  dari Tanta turut hadir mengiringi allahyarham sehingga ke tanah perkuburan. Ibu bapa allahyarham pula dijangka akan tiba hadir ke Mesir pada pukul 2 petang ini 13 mac 2010 untuk melawat allahyarham di perkuburan buat kali terakhir.

 

 

Kepada seluruh ahli PERUBATAN, diharap dapat berhati-hati dan berwaspada agar kejadian tidak diingi seperti ini tidak berulang lagi. Sebagai iktibar, moga-moga ahli PERUBATAN sekalian dapat mengambil iktibar bahawasanya mati itu dekat dan bila-bila masa menjemput kita. Ingatlah, orang yang paling cerdik ialah mereka yang senantiasa mengingati mati.


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

Bacaan Lain Dari Kategori IniPopular Sepanjang Zaman

Comments  

 
# a_ah 2010-03-18 08:07 salam..
ayat macam ada yang tak kena jer..
:-?
Quote
 

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh