Masalah gangguan seksual bukan suatu masalah yang boleh dipandang enteng oleh semua pihak, tidak kira ikhwah mahupun akhawat.
Kita semua sedia maklum bahawa warga Arab Mesir semakin melampau sejak kebelakangan ini. Tindakan mereka semakin berani, kalau dahulu setakat mengejek dan mengejar ketika pulang dari kuliah, kini tindakan mereka sudah sampai di tahap yang membahayakan sehingga ada akhawat yang teruk diraba dan tidak kurang juga diserang sehingga cedera matanya.
Kalau dahulu golongan akhawat selalu disindir kerana suka keluar di waktu malam dan tidak menggunakan musyrif, tetapi kini isu "Jangan berjalan seorang diri" dan "Sila gunakan khidmat musyrif" bukan lagi suatu jaminan keselamatan. Mengapa saya berkata demikian ? Hal ini kerana dewasa ini, warga Arab sudah berani mengganggu akhawat yang berjalan pada waktu siang, walaupun dalam kumpulan yang ramai. Ada juga peristiwa akhawat diserang ketika sedang 'dimusyrifkan'.
Isu yang ingin saya ketengahkan di sini adalah "Isu Kesedaran". Kesedaran ikhwah supaya menjaga keselamatan akhawat serta kesedaran akhawat supaya menjaga diri mereka sendiri.
Berikut saya senaraikan beberapa rentetan gangguan seksual yang mendapat perhatian umum sepanjang 4 atau 5 tahun kebelakangan ini:
- 2007 & 2008 : "Exhibitionisme" atau nama popularnya "pakcik bussi" yang menunjukkan alat sulitnya kepada akhawat yang lalu lalang di sekitar Mouniera.
- 2008: Akhawat ditarik hingga tercabut tudung mereka.
- 2009 : Kanak-kanak Arab berusia sekitar 5-12 tahun memukul dan meraba akhawat yang menghuni imarah 9 dan imarah 11
- 2010 : Kanak –kanak Arab meludah dan membaling kulit pisang, tidak kurang juga ada yang mengejar sepanjang perjalanan pulang ke rumah
- 2010 : Sekumpulan remaja lelaki Arab mengepung dan meraba akhawat yang melalui tangga metro ke Sayeda. Diingatkan kejadian ini bukan berlaku sekali dua, malah berkali-kali.
- 2010 : Seorang akhawat dibaling batu ke muka sehingga luka kornea matanya.
Setelah dikaji, saya membuat kesimpulan bahawa faktor utama akhawat Malaysia sering dikacau oleh penduduk Arab adalah kerana mereka amat lemah, penakut dan tidak berani untuk melawan apabila diserang.
Berikut adalah beberapa tindakan yang boleh diapplikasikan jika anda berhadapan dengan masalah ini :
- Kenal pasti beberapa kawasan hitam yang sering menjadi tempat gangguan (tangga metro ke Sayeda, lorong masjid Hidayah,lorong ke imarah 9 dan 11 )
- Apabila anda ternampak gerombolan remaja Arab atau lelaki yang mencurigakan di sesuatu kawasan, cuba elak dari melalui jalan tersebut.
- Jangan pandang ringan terhadap golongan muda. Sesiapa sahaja boleh melakukan gangguan seksual , tidak kira kanak-kanak, remaja ataupun orang tua.
- Elakkan dari berjalan seorang diri tidak kira pada waktu siang atau malam.Walaupun ada yang berpendapat berjala ramai pun tetap diganggu, tetapi sekurang-kurangnya anda mempunyai teman untuk bertindak .
- Turunkan ego dan hentikan perangai tidak mahu menggunakan musyrif. Ingatlah bahawa anda seorang wanita, sekuat-kuat wanita melawan, akhirnya tewas jua di tangan lelaki.
- Jangan jadi pengecut jika diserang. Lawan mereka. Gunakan segala senjata yang ada untuk melawan seperti alat pemedih mata atau batu dan kayu di sekitar anda. Pastikan alat-alat pelindung diri sentiasa berada di dalam beg anda.
- Jangan berdiam diri apabila warga Arab mengganggu anda. Marah atau tengking mereka supaya mereka tahu bahawa anda bukan orang yang mudah untuk dipermainkan. Belajarlah istilah-istilah ammi yang boleh digunakan untuk menengking mereka daripada senior-senior yang berwibawa.
- Jangan putus berdoa semoga Allah memelihara iman, agama, kesihatan dan maruah kita semua.
Dinasihati juga kepada pelajar ikhwah supaya :
- Ambil berat mengenai keselamatan akhawat. Bayangkan yang diserang itu adalah adik ataupun kakak anda, apa yang anda rasa?
- Bertindak sekiranya akhawat yang anda musyrifkan diganggu. Andai kata kudrat anda tidak sekuat Arab, sekurang-kurangnya anda berusaha untuk membuatkan mereka takut.
- Sekiranya akhawat tidak menggunakan musyrif ketika keluar di waktu malam, jangan ragu-ragu untuk menjadi musyrif sukarela ataupun bidan terjun. Nasihati dan tegur kesalahan mereka. Jangan takut kerana anda di pihak yang benar
- Memandangkan gangguan ini sering juga berlaku di waktu siang, diharapkan adalah ikhwah yang sudi untuk menemani akhawat pulang ke rumah selepas pulang dari kuliah.
Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah mengenai pertahanan diri. Tunjukkan kemarahan dan lawan sekiranya anda diserang. Jika anda hanya berdiam diri dan redha, saya yakin mereka tidak akan takut untuk mengulang kejadian itu sekali lagi.
Isu keselamatan akhawat ini merupakan isu kita semua. Masalah ini akan terus berlaku kerana Arab takkan pernah serik selagi kita terus berdiam diri dan tidak ambil peduli.
Pesan terakhir saya, jangan sampai ada akhawat yang tergadai kehormatannya, baru semua orang mahu ambil cakna!
Info Penulis
Ramisah Aini Sharifpuddin merupakan mahasiswi tahun 5 Universiti Kaherah. Merupakan seorang yang cemerlang dalam pelajaran, aktif bersukan dan suka menulis di blog.
| < Prev | Next > |
|---|








Comments
itu adalah fungsi komen utk sama-sama berkongsi. :) Quote
Assalamualaikum ,
Saya setuju 100% dengan apa yang ingin disampaikan oleh penulis,
tmbah2 memg akhwat perlukan kesedaran untuk menjaga maruah diri sendiri..
Cuma, saya tak setuju dengan gambar yg disertakan dalam post ni..
Menarik perhatian, tmbah2 untuk mata sang pembaca belah ikhwah ..
Molek lagi kalau letak gmbar/kartun yang menutup akhwat, kan? =)
Preferably, I suggest this picture to be removed~ tQ Quote
xkan masih ada yang tak tahu pasal gangguan2 ni...ataupun mereka ni masih berdegil Quote
Dinasihati juga kepada pelajar ikhwah supaya :
1. Ambil berat mengenai keselamatan akhawat. Bayangkan yang diserang itu adalah adik ataupun kakak anda, apa yang anda rasa?
3. Sekiranya akhawat tidak menggunakan musyrif ketika keluar di waktu malam, jangan ragu-ragu untuk menjadi musyrif sukarela ataupun bidan terjun. Nasihati dan tegur kesalahan mereka. Jangan takut kerana anda di pihak yang benar. Quote
macam ade xkene je ayat ni..
btw rase2 pernah jumpe ayat2 maki hamun arab.. xigt yg jaksi punye ataupn blog sape2.. pamplet jaksi kot.. Quote
akhawat jangan segan menjerit sekuat hati kalau dalam keadaan genting.
bedal je ape2 pon. "haromi(pencuri) !" pon buleh. Quote
jaksi buat produk... Quote
pastikan ayat yg betul...
buat akhawat, jangan lupa baca ayat Qursi setiap kali keluar rumah dan ketika berada dikhalayak ramai..moga sentiasa dalam perlindunganNya ..insyaAllah Quote
bleh gune 'ya ibnu kalb/kallab', or mcm y 'senior' tu cakap
http://www.youtube.com/watch?v=YCz41Dzt6wU
juga dinasihatkan membawa senjata seperti garpu, pisau lipat, kayu besbol, tukul, paku, dsb. sebab bende seperti ini lebih 'segera' dan sesuai digunakan utk menghentak mangsa hingga rebah terlebih dahulu, baru di-spray-kan muke mereka. pisau juga boleh digunakan sebagai 'finishing touch', satu kelaran di muka amat memuaskan hati. Quote
ana bukan pelajar perubatan apatah lagi blajar kat mesir..
saja je nk komen..ngeh3..
dasat sungguh keadaan di mesir ea..
keselamatan akhawat terancam..
patut la abang ana berkeras tak kasi adik2 perempuan dia blaja kat mesir...dia ckp pak arab ni ganas,kuat nafsu seks(hoho bukan semua la..generally)
anyway, betul la seperti yg dikata,akhawat jgn ego sgt
yg ikhwah..rajin2 la bersenam bg kuat skit badan tu..takde la lembik je nnt kalo nk berdepan ngn pak arab yg ganas2...hoho
apa2 pun yg penting tawakal kpd Allah...mohon pertolongan Allah supaya dilindungi drp perkara2 ni..amalkan mathurat pg dan petang setiap hr!
akhir kata,semoga selamat semuanya!inshaA llah...
tahniah, tindakan yang baik dengan menasihati secara berfakta. tak tahu lah kalau ada lagi yang masih rasa cukup power jalan sorang diri.
sepanjang artikel, ade tak disebutkan "labuhkan tudung" atau "longgarkan pakaian" atau "tutuplah aurat dengan sempurna"...?
sebab kadang-kadang, mereka yang mengganggu itu bukan mengganggu kerana mangsa itu seksi, tetapi kawan mangsa yang selalu berpakaian seksi, menggoda pemangsa bertindak demikian.
dan kadang2 sebab penjagaan aurat dalam rumah. tingkap dibiar terbuka? salin baju semasa tingkap terbuka? sidai baju di ampaian sambil berkemban?
lelaki pun satu, musyrif bukan sekadar jadi gerabak enjin keretapi, bawak tapi terlupa gerabak penumpang terputus. saya lebih suka musyrif di belakang atau musyrif sentiasa bertukar posisi.
akhowat pun, kalau bermusyrif, ikutlah elok2. jangan jalan lambat2, jangan jauh sangat. Quote
RSS feed for comments to this post