PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: Pemangkuan Jawatan MTP Sesi 2013/2014

Rate this item
(1 Vote)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

   Alhamdulillah, segala puji di panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat. Dua nikmat terbesar yang mustahil untuk kita menafikannya; Iman dan Islam yang menjadi pegangan kita hingga akhir hayat. Semoga Allah terus menurunkan hidayah-Nya kepada kita semua.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pihak kerajaan Malaysia dengan kerjasama dari seluruh badan dan jabatan yang bertanggungjawab terhadap pendidikan rakyatnya, telah membuka ruang untuk pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Mesir bagi menyambung pelajaran di tanah air. Hal ini berikutan keadaan politik Mesir yang dilihat agak kurang stabil dalam jangka masa yang tidak dapat dipastikan. 

Ramai dalam kalangan kita yang melihat peluang ini sebagai salah satu cara untuk memastikan masa depan pelajaran mereka terjamin. Justeru kebanyakan ahli PERUBATAN memohon untuk menyambung pengajian di tanah air. Terdapat juga dikalangan pimpinan PERUBATAN di peringkat pusat mahupun cawangan yang memohon seterusnya menerima tawaran kerajaan yang bersifat one-off ini. Dua orang ahli MTP tersebut adalah:


i) Ahmad Sahli Mahzuz bin Ismail (Ketua Jabatan Akademik & Pembangunan Insan)
ii) Mohd Deenie bin Mohd Rodzan (Ketua Jabatan Penerangan & Penerbitan) 

Oleh yang demikian, dengan merujuk perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-3, Fasal 18, nombor 3 (a) dan (b) pindaan 2012, kekosongan jawatan dalam PERUBATAN hendaklah dipangku oleh mana-mana Majlis Tertinggi PERUBATAN/Ahli Jawatankuasa Tertinggi melalui mesyuarat serta dipersetujui oleh semua ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN/Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

Maka secara rasminya dua jawatan diperingkat Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) bakal dipangku setelah dua orang ahli MTP tersebut membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Dua jawatan kosong tersebut adalah:


i) Ketua Jabatan Akademik & Pembangunan Insan, akan dipangku oleh Saudari Aisyah Fakriyah binti Latif. 
ii) Ketua Jabatan Penerangan & Penerbitan, akan dipangku oleh Saudari Siti Umairah binti Misnan.

Di kesempatan ini, pihak PERUBATAN mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh Saudara Sahli dan Deenie serta seluruh pimpinan PERUBATAN Cawangan dan ahli yang telah membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Semoga usaha murni kalian dalam menggerakkan persatuan selama ini dapat diteruskan dalam kampus-kampus di tanah air pula kelak. 

Jadi, sebarang permasalahan yang memerlukan keputusan segera berkaitan dengan mana-mana jabatan, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Seterusnya pihak PERUBATAN memohon maaf atas sebarang kesulitan.


Sekian.

"Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati"

"At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah"

rahim

Abd Rahim bin Samad,
Presiden,
PERUBATAN 13/14

 

nihal

Nihal binti Mohd Tarmizi,
Timbalan Presiden,
PERUBATAN 13/14

dihantar oleh emannumyra

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version