PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: Kempen Biah Solehah

Rate this item
(1 Vote)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam kepada Rasul junjungan yang telah memberi contoh teladan yang terbaik dalam menjalani kehidupan seharian mengikut aturan Islam.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-‘asr : 2-3).

Persekitaran atau suasana di sekeliling adalah salah satu faktor penting yang dapat mempengaruhi kehidupan seseorang. Sudah menjadi lumrah kehidupan, manusia lebih cenderung untuk mengikuti apa-apa yang menjadi amalan kebiasaan majoriti masyarakat setempat.

Pada zaman kegemilangan Islam dahulu, masyarakat dididik dengan suasana kehidupan yang mempunyai ruh Islam dalam setiap urusan mereka. Tidak hairanlah mereka mampu membina sebuah empayar Islam yang cukup hebat.

Oleh itu, dalam usaha mengembalikan ruh Islam dalam kehidupan komuniti Malaysia di bumi Mesir ini, PERUBATAN melalui Jabatan Pembangunan Islam akan melancarkan ‘Kempen Biah Solehah’ dengan bertemakan “Biah Solehah Dipelihara, Keredhaan Allah Diutama”. Kempen ini akan akan bermula pada 26/11/13 sehingga 10/12/13. Beberapa objektif telah kami susun untuk menjayakan kempen ini, iaitu:

  1. Tautan ukhuwah
  2. Pemerkasaan solat jemaah
  3. Manfaatkan media elektronik dan media massa
  4. Ihya’ sunnah
  5. Budaya cintakan ilmu

Semoga Kempen Biah Solehah ini mampu memberi impak positif secara langsung atau tidak langsung kepada seluruh mahasiswa/wi PERUBATAN dan terus berkekalan dalam menghidupkan suasana harmoni di bumi penuh barakah ini.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

aliffitri

Mohd Aliffitri bin Alias
Ketua Jabatan Pembangunan Insan
PERUBATAN sesi 2013/14

aisyah

Aisyah Fakriyah binti Latif
Timbalan Ketua Jabatan Pembangunan Insan
PERUBATAN sesi  2013/14.

dihantar oleh emannumyra

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version