PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: Pilihanraya Umum PERUBATAN 2013

Rate this item
(0 votes)

logo jpp2013

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Adalah salah satu tanggungjawab yang besar dalam memilih pemimpin. Satu tanggungjawab yang pasti akan ditanya di akhirat kelak. Memilih pemimpin juga perlu melihat syarat-syarat dan ciri-ciri yang Islam gariskan, antaranya ialah memilih pemimpin yang arif akan agama, amanah dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan rakyatnya.

Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya yang wajar, seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang betul-betul berhak dan yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya dengan benar.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW  membaca ayat ini: " Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya: " Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"

Para sahabat menjawab: " Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda SAW bersabda: " Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya."

Bumi akan berkata: ' Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Hal yang demikian menekankan bahawa adalah satu tanggungjawab terpikul di bahu setiap ahli PERUBATAN untuk memilih pemimpin mereka. Seandainya pemimpin yang dipilih adalah menepati syarat-syarat yang Islam tetapkan, maka beruntunglah mereka yang memilihnya. Jika pemimpin yang tidak menepati syarat-syarat Islam dipilih, maka bumi juga menjadi saks atas undian mereka.

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala, “ Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

Hal ini seiring dengan sabda baginda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, maksudnya,

“ Apabila tiga orang keluar bermusafir maka lantiklah dari kalangan mereka seorang untuk menjadi ketua.”

Dalam hadith di atas ini pula menerangkan tanggungjawab kita kenapa memerlukan seorang pemimpin untuk memandu perjalanan sesebuah kumpulan atau persatuan.

Pilihanraya PERUBATAN seluruh Mesir

Setiap detik waktu yang berlalu menjadi saksi kepada pelbagai bentuk coretan sejarah. PERUBATAN juga tidak terlepas dari catatan dan hambatan masa yang mendesak kepada silih ganti barisan kepemimpinannya.

Sebagai sebuah badan bebas yang bernaung bawah PERUBATAN, Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN (JPP) 2013 bertanggungjawab untuk memastikan proses pemilihan ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dan Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan (AJKT PC) sesi 2014/2015 berjalan dengan lancar.

Sebagai makluman, JPP akan meneruskan pemakaian sistem ‘Pencalonan’ sebagaimana yang telah diamalkan sebelum ini. Melalui sistem ini, calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan dari individu yang lain. Ahli PERUBATAN juga akan melalui beberapa fasa pilihan raya. Antaranya fasa pencalonan, fasa kempen dan bantahan, dan akhirnya pengundian.

Terlebh dahulu dengan sukacitanya, saya mengucapkan tahniah atas keberjayaan PERUBATAN Cawangan (PC) yang baru di Kaherah iaitu Kaherah, Ain Shams dan Al-Azhar yang telah bergerak selama setahun. Justeru, Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN Cawangan (JPC) akan dibahagikan mengikut cawangan universiti (Ain Shams, Azhar, Iskandariah, Kaherah, Mansurah, Tanta dan Zagazig) bagi memastikan proses pilihan raya yang dijalankan pada tahun ini lebih selaras dan tersusun di kesemua tujuh cawangan.

Khusus di Iskandariah

Untuk makluman, JPC Iskandariah akan memulakan proses pilihanraya cawangan seminggu lebih awal daripada cawangan-cawangan yang lain atas sebab sebahagian ahlinya akan menduduki peperiksaan pada hujung Disember ini. Hal yang demikian adalah untuk memberi ruang kepada mereka untuk keluar mengundi pimpinan yang baru dengan lebih mudah tanpa sebarang halangan.

Seruan kepada Ahli

Tugas melantik pimpinan merupakan tanggungjawab bersama. Justeru pihak kami menyeru semua ahli PERUBATAN untuk turut serta dan sama-sama melibatkan diri sepanjang berlangsungnya proses pilihan raya pada bulan ini. Seterusnya, menjayakan sasaran kami agar sekurang-kurangnya 75% ahli PERUBATAN turun mengundi di peringkat cawangan masing-masing. Ringan-ringankanlah dalam memberi kerjasama kepada JPC cawangan masing-masing.

Kuasa di tangan anda, sentiasalah amanah dalam mengendalikannya.

Wallahu a’lam.

“BERKAT, TELUS DAN CEKAP”

Disediakan oleh,

afif-dimyati

afif-dimyati-sign

Afif Fahim bin Mohamad Dimyati

Pengarah,

Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) 2013.

dihantar oleh AinNabila

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version