PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: MTP Yang Dikekalkan

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah atas limpahan nikmat Allah S.W.T, nikmat iman dan Islam, nikmat kesejahteraan dan kesihatan serta nikmat kesatuan meskipun pelbagai isu dan peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun 2013 ini. Kedatangan bulan Disember ini menandakan fasa terakhir pentadbiran kepimpinan PERUBATAN sesi 2013/2014 sudah bermula dan bahang pilihanraya bagi pemilihan kepimpinan sesi baru semakin terasa.

Dengan merujuk Perlembagaan PERUBATAN pada BAB KETIGA: MESYUARAT AGUNG DAN MAJLIS TERTINGGI PERUBATAN; dalam Fasal 18: Majlis Tertinggi PERUBATAN; Perkara 1 (d) Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN perlu bermesyuarat di akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan  1 (satu) orang Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN lelaki dan 1 (satu) orang Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN wanita untuk dikekalkan dalam Majlis Tertinggi PERUBATAN sesi seterusnya.

Oleh yang demikian, perbincangan lumat telah dibuat dan setelah meneliti beberapa kelayakan yang munasabah untuk dikekalkan, barisan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) sesi 2013/2014 telah memutuskan untuk mengekalkan 2 orang Ahli MTP sesi ini ke sesi hadapan (2014/2015). Dua orang tersebut adalah;

is2

1) Iskandar Afiq bin Razali

izzati

2) Izzati Farhanah binti Arip

Semoga pengekalan ini membawa rahmat besar kepada PERUBATAN sebagai persatuan induk yang menaungi mahasiswa mahasiswi jurusan Sains Kesihatan di Mesir, seterusnya menjamin kemaslahatan bersama baik kepada pimpinan mahupun ahlinya.  Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”.

 "Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

"at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah" 

 rahim

 Abd Rahim bin Samad
Presiden,
PERUBATAN

 nihal

Nihal bt Mohd Tarmizi
Timbalan Presiden,
PERUBATAN

dihantar oleh is_afiq

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version