PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: Tawaquf Program

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Semoga kita sentiasa dalam rahmatNya. Hidayah Allah sentiasa mengunjungi kita, tanda kasih dan rahmatNya. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat akramahullahu ajmain yang telah memberikan teladan yang baik kepada umat manusia, menunjukkan jalan dakwah yang panjang buat para daie. Gerak kerja Islam merupakan kesinambungan tugas para nabi. Moga Allah tetapkan hati dan jasad kita.

Sesi kuliah baru membuka tirai beberapa bulan yang lalu. Mahasiswa disajikan dengan pelbagai jenis ilmu sama ada dari dalam kampus mahupun luar kampus. Ilmu kampus kita peroleh melalui keinginan kita hadir ke kuliah manakala ilmu luar kampus kita peroleh hasil daripada anjuran program-program PERUBATAN. Pelbagai program dijalankan bagi meningkatkan prestasi daripada semua sudut buat mahasiswa.

 Hasil berhempas pulas menghadiri kuliah dan program,kini sudah tiba peperiksaan pertengahan tahun buat semua mahasiswa pelbagai jurusan dan universiti. “Time does not pass, it continues”  oleh Marty Rubin. Kata-kata ini sudah cukup menggambarkan kita selaku mahasiswa tidak dapat tidak perlu menempuh peperiksaan ini. Mungkin perasaan pada saat  ini berbeza sewaktu sesi kuliah baru bermula. Apapun, kita perlu membina strategi dalam menghadapinya. Strategi itu mesti disusun dengan kemas agar kejayaan itu kita raih.

Maka dengan itu, PERUBATAN ingin memberi laluan sepenuhnya kepada semua ahli PERUBATAN untuk memberi fokus yang lebih mantap dan jitu dengan membina strategi untuk bertempur dalam peperiksaan yang kian hampir. Oleh itu, pemberhentian seketika beberapa program dan pergerakan PERUBATAN sehingga selesainya peperiksaan kesemuanya. Tarikh program dan pergerakan PERUBATAN ditawaqufkan berbeza mengikut lokaliti PERUBATAN Cawangan masing – masing. Rujukan lanjut mengenai tarikh tawaquf disertakan di dalam jadual di bawah.

BIL

CAWANGAN

TARIKH

1

PERUBATAN Cawangan Zagazig (PCZ)

FARMASI 26 Disember 2013 -23 Januari 2014

PERUBATAN selepas cuti musim sejuk

2

PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM)

23 Disember 2013 -24 Januari 2014

3

PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT)

26 Disember 2013 -23 Januari 2014

4

PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK)

25 Disember 2013

5

PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI)

Fasa satu: 18 Januari – 10 Februari 2014

Fasa dua: 8 MAC – 15 April 2014

*perincian tarikh akan diumumkan oleh PCI

6

PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)

27 Disember 2013 -23 Januari 2014

7

PERUBATAN Cawangan Al-Azhar (PCA)

22 Disember 2013 -23 Januari 2014

Untuk pengetahuan semua ahli, hasil perbincangan peringkat Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) telah memutuskan beberapa bentuk program yang tidak akan ditawaqufkan berikutan kesesuaian program dengan keadaan semasa ahli yang sedang menghadapi peperiksaan. Antaranya adalah program yang melibatkan akademik dan motivasi ahli, pembawaan Smart Circle yang tidak memberi fokus kepada silibus tetapi bersifat amali dan aktiviti semasa seperti solat jenazah, solat hajat dan kutipan derma kilat yang melibatkan kebajikan ahli.

 Kami selaku pimpinan amat berbesar hati sekiranya kalian dapat bersama-sama menyusun strategi peperiksaan ini. Kejayaan kelak mungkin bukan hasil daripada usaha kita semata tetapi mungkin hasil pertolongan sahabat yang lain. Selamat menempuh peperiksaan pertengahan tahun buat semua mahasiswa.

 Akhir kalamusaha dan amalanlah yang menjadi perkara yang  dinilai oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud:

 Dan katakanlah wahai Muhammad, “hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan.” 

 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 naim

Naim bin Sarfaraz Ahmad
Naib Presiden I,
PERUBATAN 2013/2014

musfirah

Nurmusfirah binti Ahmad
Naib Presiden II,
PERUBATAN 2013/2014

dihantar oleh AinNabila

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version