PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: PERUBATAN Kesal Penipuan Dalam Pendaftaran Pelajar ke Mesir

Rate this item
(2 votes)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dipanjatkan ke hadhrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk terus menghirup udara segar, dalam kekalutan yang sedang melanda bumi berkat Mesir. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW, atas berkat perjuangan baginda, kita dapat mengecapi nikmat iman dan islam pada hari ini serta dapat menyambung perjuangan suci baginda dalam menyampaikan risalah Islam keseluruh pelusuk bumi.

Mutakhir ini, berita dari bumi Anbiya’ Mesir menjadi tumpuan di media-media seluruh dunia termasuk Malaysia, dengan suasana politik yang masih belum stabil. Manakala para ibubapa mahasiswa Mesir pula dibimbangi dengan berita-berita yang mengancam keselamatan anak-anak mereka yang sedang belajar disini.

27-pelajar-terkandas-di-mesirKeratan akhbar BH pada 30 Disember 2013

Bukan itu sahaja, sehari dua ini kita dikhabarkan dengan berita yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan yang bertarikh 30 Disember 2013 dengan tajuk "27 Pelajar Terkandas Di Mesir" berkenaan dengan kes pemalsuan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa urusan pendaftaran ke IPT di Mesir. Pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) melalui Education Malaysia Egypt (EME) telah pun mengeluarkan laporan awal berkenaan dakwaan daripada akhbar terbabit dan tindakan susulan telah pun dirancang untuk meneliti masalah tersebut.

Melihatkan berita ini, ramai ahli dan pihak PERUBATAN sendiri merasa kesal dengan tindakan yang diambil oleh sesetengah pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan pendaftaran pelajar ini. Sekiranya benar dakwaan yang diberitakan tersebut, pihak yang terlibat dilihat memandang enteng mengambil mudah akan kepentingan keputusan SPM dan prosedur yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pihak PERUBATAN juga menyeru pihak terbabit dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh KPM dan dinasihatkan kepada para ibubapa dan pelajar agar mengetahui dan mengikut prosedur yang sebetulnya dalam pengurusan kemasukan pelajar ke IPT Mesir ini.

Keberkatan ilmu itulah yang menjaga ilmu yang dipelajar sehingga ke akhir hayat. Salah satu ciri ilmu yang bermanfaat yang disebut oleh Al-Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Bidayatul Hidayah ialah ‘ Ilmu itu menambahkan takut pada dirimu kepada Allah SWT’.

Sekian.

Wallahu’alam.

 "Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

"at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah" 

rahim

Abd Rahim bin Samad
Presiden,
PERUBATAN 2013/2014

dihantar oleh emannumyra

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version