PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Pekeliling Keselamatan PERUBATAN

Rate this item
(3 votes)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ekoran daripada beberapa peristiwa perhimpunan yang berlaku mutakhir ini, pihak JAKSI PERUBATAN ingin mengingatkan semua ahli PERUBATAN sekalian supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan terjamin.

Tahap keselamatan semasa dijangka tidak akan menentu pada tarikh-tarikh berikut:

  1. 1. 7 Januari 2014            : Krismas Ortodok
  2. 2. 14 & 15 Januari 2014   : Referendum Perlembagaan Baru
  3. 3. 25 Januari 2014          : Hari Polis/ Revolusi
                                     : Pilihanraya Parlimen dan Presiden.

Oleh yang demikian, semua ahli PERUBATAN digalakkan untuk meningkatkan langkah- langkah keselamatan terutamanya pada tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas.

Berikut merupakan pekeliling keselamatan yang terdapat beberapa langkah keselamatan yang penting sebagai panduan kepada ahli :

  1. 1. Pastikan dokumen pengenalan diri (passport & kad pelajar) sentiasa dibawa bersama ketika berada di luar rumah.

  2. 2. Dilarang menyertai atau menghampiri mana-mana perhimpunan yang diadakan oleh masyarakat tempatan Mesir.

  3. 3. Elakkan daripada mempamerkan mana-mana logo yang melambangkan kumpulan politik tertentu.

  4. 4. Elakkan daripada menaiki kenderaan awam seperti bas dan tremco bagi ahli yang tinggal di sekitar kawasan perhimpunan.

  5. 5. Digalakkan supaya sentiasa berjalan dalam kumpulan (sekurang-kurang 3 orang) walaupun pada waktu siang hari.

  6. 6. Mengurangkan aktiviti pada waktu malam.

  7. 7. Elakkan daripada memakai niqab jenis Arab bagi mahasiswi yang berniqab.

  8. 8. Dilarang mengambil gambar di sekitar himpunan masyarakat tempatan Mesir.

  9. 9. Sentiasa melaporkan kepada JAKSI mengenai status keselamatan atau apa-apa perhimpunan yang berlaku di sekitar tempat tinggal masing-masing.

Semoga apa yang digariskan ini mendapat perhatian serta kerjasama yang baik dari semua ahli demi memastikan keselamatan dan ketenteraman dalam kalangan warganegara Malaysia di Mesir.

 "Haq Tertegak, Biah Terpelihara"

Pengarah Jawatan Kuasa Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI):
Mohamad Haziq bin Alias

 

Timbalan Pengarah JAKSI:
Siti Rokiah bt Ishak

Ain Nabila tak pandai buat Typography

dihantar oleh AinNabila

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version