PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: Nombor Pendaftaran Keahlian PERUBATAN

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita merasai nikmat Iman dan Islam yang tidak lain dan tidak bukan kerana penerusan dakwah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabt Baginda SAW. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW serta isteri-isteri dan sahabat Baginda SAW.

Ahli PERUBATAN yang saya hormati sekalian,

Setelah dibincangkan dalam mesyuarat antara Jabatan Setiausaha bagi seluruh PERUBATAN Cawangan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN, kami di Jabatan Setiausaha Agung memperkenalkan sistem nombor keahlian bagi setiap ahli PERUBATAN di seluruh Mesir. Objektif penggunaan nombor keahlian bagi setiap ahli PERUBATAN adalah untuk menyenangkan pengurusan maklumat keahlian di peringkat PERUBATAN disamping memperkasakan sistem keahlian dengan lebih sistematik.

Contoh nombor keahlian PERUBATAN adalah seperti berikut:

  • Diawalnya merupakan nama singkatan PERUBATAN Cawangan/Universiti
  • Diikuti dengan nombor keahlian yang ada di dalam data setiausaha
  • Contohnya 'T0007' (T = PERUBATAN Cawangan/Universiti Tanta, 0007 = Nombor yang ketujuh).

Untuk makluman semua, nombor keahlian ini akan mula digunakan pada Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) dan Mesyuarat Agung Tahun PERUBATAN Kali ke-10 yang bakal menyusul tiba tidak lama lagi. Tidak berhenti disitu, nombor keahlian ini juga akan diguna pakai dalam setiap gerak kerja yang diperlukan mengikut kesusaian penggunaanya.

Justeru, kami menyeru seluruh ahli untuk menyemak nombor keahlian masing-masing melalui Jabatan Setiausaha PERUBATAN Cawangan. Akhirnya semoga usaha ini dapat dijayakan sepenuhnya oleh seluruh ahli PERUBATAN dan dirahmati Allah SWT. Sekian, terima kasih.

Wallahu’alam

Yang menjalankan tugas,

naufal

MOHAMMAD NAUFAL BIN MOHAMMAD NASIR
SETIAUSAHA AGUNG PERUBATAN
SESI 2013/2014

fatma

FATMATUL ZAHRAH BINTI MAT ZIN
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG PERUBATAN
SESI 2013/2014

dihantar oleh is_afiq

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version