PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: Panggilan ke Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN Kali ke-10.

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita menghirup oksigen disamping menikmati alam ciptaan Allah SWT. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sepanjang hayatnya merupakan contoh dan teladan kepada kita pada setiap inci gerak kerja dalam kehidupan. Semoga kita menjadi umat penyambung dakwah Rasulullah dan mengikut sunnahnya, inshaAllah.

Ahli PERUBATAN yang dikasihi sekalian,

PERUBATAN komited untuk menambah nilai mahasiswa sains kesihatan sama ada bersifat kendiri sehinggalah peringkat komuniti. Aspek transformasi dan reformasi (taghyir dan islah) menjadikan PERUBATAN mendepani dan memenuhi keperluan massa sekaligus member impak tersendiri kepada masyarakat dan negara. Bersesuaian dengan identiti dan hasrat mana-mana gerakan berorganisasi, mesyuarat merupakan medium penting dalam aspek penilaian, perancangan dan juga perhubungan. Firman Allah SWT dalam Surah As-Shura ayat 38,

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya. (Ash-Shura : 38)

Oleh itu, Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN kali ke-10 (MAT '10) bakal meneruskan legasi kepimpinan PERUBATAN disamping membuka lembaran baru dengan pendasaran gerak kerja dan tenaga bersesuaian dengan penubuhan Majlis Tertinggi PERUBATAN yang telah berlangsung selama satu sesi pentadbiran PERUBATAN. Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN merupakan salah satu perancangan tahunan yang dijalankan sebagai medium untuk ahli mengutarakan pandangan, berkongsi buah fikiran, melontarkan pendapat dan menyuarakan solusi bagi sama-sama menyumbang dalam perkembangan dan penambahbaikan fungsi PERUBATAN sebagai sebuah persatuan mahasiswa yang menaungi seluruh mahasiswa sains kesihatan di bumi Mesir ini.

Justeru, dengan rasa takzimnya, kami menjemput semua ahli PERUBATAN di seluruh Mesir untuk sama-sama mendaftar dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN kali ke-10 (MAT ‘10) yang akan diadakan pada 21hb Mac 2014, bertempat di Dewan Muktamarat, Stadium Universiti Zagazig. Pendaftaran bagi perwakilan MAT ’10 akan dibuka tidak lama lagi. Oleh itu, ayuh sama-sama kita bersatu dibawah payung PERUBATAN dan menyumbang buah fikiran di Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-10 ini.

Akhirnya, besar harapan kami agar semua ahli merebut peluang yang ada dan mendapat manfaat sebaiknya. Semoga segala perancangan yang dirancang selari dengan perancangan Allah SWT dan mendapat keberkatan dari Nya, inshaAllah. Sekian.

Terima Kasih.

"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

"at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah"

naufal

Mohammad NaufaL bin Mohammad Nasir
Setiausaha Agung,
PERUBATAN Sesi 2013/2014

fatma

Fatmatul Zahra binti Mat Zin
Timbalan Setiausaha Agung,
PERUBATAN Sesi 2013/2014 

dihantar oleh AinNabila

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version