بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Merujuk kepada produk PERUBATAN yang dihasilkan pada sesi 2013-2014, dimaklumkan bahawa terdapat beberapa ralat serta kecacatan pada produk-produk tertentu seperti Kalendar PERUBATAN 2014, Planner PERUBATAN 2014, dan Clinical Medicine Phrasebook (CMP) cetakan kedua.
Ralat adalah seperti berikut:
- Kalendar PERUBATAN 2014 - Ralat pada tarikh Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj, Hari Raya Aidil Fitri, dan Hari Raya Aidil Adha pada semua produk yang dihasilkan dan yang telah dijual.
- Planner PERUBATAN 2014 - Kecacatan pada bahagian kulit luar bagi sebilangan kecil produk yang dihasilkan.
- Clinical Medicine Phrasebook - Kecacatan pada beberapa helaian mukasurat yang berlaku semasa proses percetakan.
Pihak PERUBATAN sentiasa berusaha untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan berada dalam keadaan baik serta bermutu tinggi, namun ralat yang berlaku adalah di luar kawalan pihak PERUBATAN. Dengan ini PERUBATAN dengan serendah-rendah hati memohon maaf atas perkara tersebut serta mengambil pengajaran untuk penambahbaikan pada masa hadapan.
Sekian.
'Your Need is Our Priority'
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"
"at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah"
Muhammad Azizul Hakim bin Azizul
Ketua Jabatan Ekonomi,
PERUBATAN 2013/2014
Izzati Farhanah binti Arip
Timbalan Ketua Jabatan Ekonomi,
PERUBATAN 2013/2014
Comments
Peniaga yang jujur lebih hampir pada berkat. Insya Allah.
RSS feed for comments to this post