بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita merasai nikmat iman dan Islam yang tidak lain dan tidak bukan kerana penerusan dakwah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sahabat-sahabat Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta isteri-isteri dan sahabat Baginda Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah ikutan dan ketua umat Islam yang sangat mengambil berat tentang organisasi. Perkara ini terbukti dalam dakwah Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang lantang menyuruh agar dilantik pemimpin dalam setiap kumpulan sekalipun mereka terdiri daripada tiga orang.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda dalam hadith yang bermaksud: “Apabila kamu bertiga hendaklah kamu dipimpin salah seorang daripada kamu.”, riwayat at-Tabrani.
Tanggal 21 Mac 2014 menyaksikan perubahan tampuk pimpinan PERUBATAN antara sesi 2013/2014 dengan sesi 2014/2015. Perubahan ini secara langsung mengubah struktur organisasi pada Majlis Tertinggi PERUBATAN. Oleh itu, merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN pada Fasal 18, Perkara 1 Ceraian (C); “Pembahagian jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi PERUBATAN akan ditentukan oleh Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Agung Tahunan kecuali jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.”, maka ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN 2014/2015 telah bersetuju dengan penetapan ketua dan timbalan bagi setiap portfolio adalah seperti berikut:
PRESIDEN: Mohamad ‘Arif Rukaini bin Mohamed Sufian
TIMBALAN PRESIDEN: Nurul Izzah binti Abdul Halim
NAIB PRESIDEN MERANGKAP JABATAN SUKAN & AKTIVITI LUAR:
Mohd Arif bin Ahmad
Nur Atikah binti Abdul Rahim
JABATAN SETIAUSAHA AGUNG MERANGKAP JABATAN PEMBANGUNAN INSAN:
Muhammad Zaki bin Zainal Abidin
Nur Ain binti Zulaliza
JABATAN BENDAHARI KEHORMAT MERANGKAP JABATAN EKONOMI:
Mohd Syahmi Amir bin Md. Razali
Izzati Farhanah binti Arip
JABATAN AKADEMIK:
Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi
Manisa Sazwin binti Mohd. Syukri
JABATAN PENERBITAN & PENERANGAN:
Iskandar Afiq bin Razali
Nur Hanisah binti Naspu
JABATAN KEBAJIKAN & KEMANUSIAAN:
Nurhakim bin Ibrahim
Nadiah binti Mohd Shah
Semoga penetapan jawatan ini dapat melancarkan lagi gerak kerja PERUBATAN dalam menjaga kebajikan ahli keseluruhannya dan menjayakan pembawaan tahunan semasa.
Sekian, Seeru ‘Ala Barakatillah!
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah”
MOHAMAD ‘ARIF RUKAINI BIN MOHAMED SUFIAN
Presiden,
PERUBATAN 2014/2015
NURUL IZZAH BT ABDUL HALIM
Timbalan Presiden,
PERUBATAN 2014/2015
Comments
Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan. Tk
RSS feed for comments to this post