PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: Agihan kutipan Syria Winter Mission (SWiM).

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah yang masih memberi kita nikmat untuk terus beribadah kepadaNya. Selawat dan pujian ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, pemimpin ummah yang telah membuatkan kita mencapai nikmat Iman dan Islam pada hari ini dengan usaha besar Baginda S.A.W.

Sebagaimana yang diketahui umum,  Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan sesi 2013/2014 telah menganjurkan Misi Kemanusiaan Syria di bumi Jordan yang lebih dikenali sebagai Syria Winter Mission (SWiM). Misi ini pada awalnya dirancang untuk berangkat pada 24 Januari 2014 dengan menaiki kapal menuju ke Kem Pelarian Syria di bumi Jordan yang kemudiannya ditangguhkan atas dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah ketika itu.

Sehubungan dengan itu, PERUBATAN for Peace and Care (PEACE) di bawah Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan sesi 2014/2015 mengambil inisiatif untuk meneruskan misi ini dengan sedikit perubahan pada sasaran penerima sumbangan kepada penduduk yang berada di sekitar Mesir sama ada di kem-kem pelarian Syria ataupun warga tempatan Mesir yang sangat memerlukan bantuan. Proses penyerahan ini dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh masa yang terdekat.

Semoga perancangan kali ini dipermudahkan oleh Allah dan berjalan lancar serta  mampu menaikkan sikap cakna kita terhadap nasib saudara sesama Islam.

Sekian.

 

 “at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

 HAKIM jkk

 Nurhakim bin Ibrahim
Ketua Jabatan Kebajikan & Kemanusiaan,
PERUBATAN Sesi 2014/2015.

Aisyah Fakriyah binti Latif
Timbalan Ketua Jabatan Kebajikan & Kemanusiaan
PERUBATAN sesi 2014/15

 

 

 

 

dihantar oleh HanisahNaspu

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version