Logo
Print this page

Kenyataan Rasmi: Program Cuti Musim Panas 2014

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam imtihan kepada sahabat-sahabat ahli PERUBATAN sekalian.

Marilah kita sama-sama bersyukur kehadrat Ilahi dengan nikmat  yang  telah diberikan kepada kita sehingga hari ini.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi  Muhammad  SAW yang merupakan penghulu segala nabi dan ketua bagi sebaik-baik ummat.

Bersempena dengan cuti musim panas,  PERUBATAN telah mengambil inisiatif dengan berusaha untuk menganjurkan beberapa aktiviti dan program yang  dikira mampu memberi  input berguna untuk ahli. Program yang  dirancang juga diharap dapat menjadi medan untuk ahli memberi dan menyumbang  idea, tenaga serta buah fikiran.

Perancangan yang  dilakukan ini juga setelah mengambil kira beberapa aspek  yang dikira penting dalam penganjuran sesebuah program . Antaranya termasuklah keberadaan ahli semasa cuti musim panas, kumpulan sasaran, kewangan serta  keperluan dan kepentingan untuk menganjurkan sesuatu  program  tersebut.  Program  ini dipilih berdasarkan konsep  program yang  dijangka mampu memberi impak dan manfaat kepada ahli PERUBATAN.

Sehubungan itu,  PERUBATAN Cawangan telah memberikan komitmen sepenuhnya bersama-sama Majlis Tertinggi  PERUBATAN  dalam penyertaan dan penganjuran  program  yang bermanfaat ini.

Antara program yang dirancang di Mesir  adalah:

  • Ihya' Ramadan (IHRAM 1435H)
  • Majlis Sambutan Hari Raya PERUBATAN (MESRA '14)
  •  Daurah as-Soifiyyah wa at-Thaqafiyyah (DAWA' 14)

Manakala program yang bakal berlangsung  di Malaysia pula adalah:

  • Egypt, I Come! (EPIC '14)
  •  Amazing Dentist in Action (ASNAN '14)
  • Towards Charity and Health Services Programme (TOUCH '14)
  • Clinical Opportunity, Overcoming Limit (COOL '14)      

Justeru itu, kami  berharap agar semua ahli PERUBATAN  dapat merancang cuti masing-masing agar  tidak disia-siakan dengan perkara-perkara  yang  tidak bermanfaat. Sesungguhnya  orang yang  gagal merancang adalah orang yang  merancang untuk gagal.

Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadan yang barakah dan selamat maju jaya bagi semua warga PERUBATAN sama ada yang sudah selesai, sedang dan akan menempuhi imtihan. Semoga semua memperoleh kejayaan yang cemerlang  di dunia dan akhirat.

Sekian . Salam Ramadan,1435H.

Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati

at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah

ARIF np jsal

MOHD ARIF BIN AHMAD
Naib Presiden I
PERUBATAN Sesi 2013/2014.

ATIKAH np jsua

NUR ATIKAH BINTI ABDUL RAHIM
Naib Presiden II
PERUBATAN Sesi 2013/2014.

dihantar oleh HanisahNaspu

Mungkin berkaitan

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons