PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: SERUAN MENGADAKAN SOLAT HAJAT & MUNAJAT

Rate this item
(1 Vote)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمْوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Surah al-Baqarah ayat 155.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah melimpahkan pelbagai kurniaan kepada kita selaku makhluk-Nya yang beriman. Masa yang ada pada hari ini juga sebagai nikmat kepada kita bagi meneruskan gerak kerja Islam sebagai satu tuntutan selaku seorang mahasiswa muslim.

Kita selaku manusia harus menyedari bahawa kita akan sentiasa diuji dengan pelbagai bentuk dan cara sama ada dalam bentuk ketakutan, kehilangan nyawa dan harta dan sebagainya. Namun disebalik segala musibah yang melanda, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran bagi hamba-Nya yang bersabar menempuh ujian tersebut.

Dalam tempoh waktu yang ada, kebanyakan ahli PERUBATAN sedang berada dalam persediaan bagi menghadapi peperiksaan di universiti masing-masing. Namun begitu, jangan kita lupakan musibah yang menimpa saudara mara kita di tanah air. Banjir yang melanda di beberapa buah negeri di tanah air masih lagi tidak menunjukkan petanda akan surut bahkan keadaan semakin mencemaskan. Musibah banjir ini adalah ujian daripada Allah kepada kita semua yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya. Oleh itu, kita wajib menerima dengan penuh lapang dada dan tabah.

Oleh yang demikian, bersabarlah dengan musibah ini seperti mana seruan dalam ayat al-Quran di atas dan jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau bersangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan disebabkan banyaknya kemusnahan atau kehilangan harta kita.

Dalam peristiwa banjir besar yang menimpa Nabi Nuh AS, Allah SWT mahu mengingatkan kita bahawa bencana alam yang menimpa kita pada hari ini, sebagai contohnya banjir yang melanda di beberapa buah negeri di Malaysia merupakan sebagai peringatan daripada Allah atas kelalaian kita semua selaku makhluk-Nya.

مِمَّا خَطِيئَاتِهِمْ أُغْرِقُوا فَأُدْخِلُوا نَارًا فَلَمْ يَجِدُوا لَهُم مِّن دُونِ اللَّهِ أَنصَارًا

 

Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan). Ayat 25 surah Nuh.

Oleh itu, saya menyeru semua barisan kepimpinan dan ahli PERUBATAN agar dapat menganjurkan solat hajat dan bermunajat di seluruh cawangan bagi memohon kepada Allah SWT agar dilindungi penduduk negeri yang ditimpa musibah banjir khasnya dan Malaysia amnya yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat seorang makhluk. Semoga usaha kecil kita semua sedikit sebanyak dapat membantu bagi meringankan beban dan ujian yang melanda saudara mara kita di tanah air.

"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

"at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah"

ARIF RUKAINI pres

Mohamad 'Arif Rukaini bin Mohamed Sufian

Presiden,

PERUBATAN 2014/2015

IZZAH tpres

Nurul Izzah binti Abdul Halim

Timbalan Presiden,

PERUBATAN 2014/2015

dihantar oleh HanisahNaspu

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version