PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: PERUBATAN Winter Carnival (PWTC)

Rate this item
(2 votes)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pertama dan selamanya, marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat  yang  telah diberikan kepada kita sehingga hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi  Muhammad  SAW yang merupakan penghulu segala nabi dan ketua bagi sebaik-baik ummat.

Bersempena dengan cuti musim sejuk ini, PERUBATAN telah mengambil inisiatif dengan berusaha untuk menganjurkan beberapa aktiviti dan program yang  dikira mampu memberi  input berguna untuk ahli. Program yang dirancang juga diharap dapat menjadi medan untuk ahli memberi dan menyumbang idea, tenaga serta buah fikiran.

Perancangan yang dilakukan ini juga setelah mengambil kira beberapa aspek yang dikira penting dalam penganjuran sesebuah program. Antaranya termasuklah keberadaan ahli semasa cuti musim sejuk, kumpulan sasaran, kewangan serta keperluan dan kepentingan untuk menganjurkan sesuatu program tersebut. Program ini dipilih berdasarkan konsep program yang dijangka mampu memberi impak dan manfaat kepada ahli PERUBATAN.

Sehubungan itu, PERUBATAN Cawangan telah memberikan komitmen sepenuhnya bersama-sama Majlis Tertinggi PERUBATAN dalam penyertaan dan penganjuran program yang bermanfaat ini.

Antara program yang dirancang adalah, Konsert Amal PERUBATAN, Seminar PERUBATAN dan Kursus Perkahwinan.

Memandangkan keadaan keselamatan Mesir yang tidak stabil, PERUBATAN mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menjalankan jaulah yang dijalankan saban tahun seperti Bahariya, Sinai dan lain-lain. Oleh itu, kebanyakan program yang dijalankan berbentuk lokaliti dan jaulah ringkas.

Justeru itu, kami  berharap agar semua ahli PERUBATAN  dapat merancang cuti masing-masing agar  tidak disia-siakan dengan perkara-perkara  yang  tidak bermanfaat. Sesungguhnya  orang yang  gagal merancang adalah orang yang  merancang untuk gagal.

Akhir kata, semoga cuti ini dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat oleh semua ahli PERUBATAN.

Siru 'ala barakatillah.

Sekian.

Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati
at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah

ARIF np jsal

Mohd. Arif bin Ahmad
Naib Presiden I
PERUBATAN Sesi 2014/2015

ATIKAH np jsua

Nur Atikah binti Abdul Rahim
Naib Presiden II
PERUBATAN Sesi 2014/2015

dihantar oleh HanisahNaspu

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version