PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

KENYATAAN RASMI: PENANGGUHAN KURSUS PRAPERKAHWINAN

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pertama dan selamanya, marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat yang telah diberikan kepada kita sehingga hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang merupakan penghulu segala nabi dan ketua bagi sebaik-baik ummat.

Seawal sesi lagi PERUBATAN cuba merangka aktiviti yang meraikan seluruh ahli. Alhamdulillah, pada tahun ini, 3 aktiviti besar telah dirancang bagi mengisi PERUBATAN Winter Carnival 2015 (PWtC ‘15) seperti Seminar PERUBATAN BITARA, Konsert Malam Amal PERUBATAN dan Kursus Preperkahwinan.

Buat julung kalinya, PERUBATAN cuba mengadakan Kursus Preperkahwinan yang mana gerak kerjanya sudah bermula seawal bulan September lagi. Alhamdulillah, pihak Persatuan Kakitangan Pegawai Ugama (PKPU) bersedia memberi kerjasama bagi menganjurkan kursus ini yang dijadualkan pada 4 dan 5 Februari 2015 di Iskandariah.

Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa kursus yang dijadualkan pada 4 & 5 Februari ini terpaksa ditangguhkan berikutan permintaan daripada pihak penaja PKPU iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Maka, pihak PERUBATAN bersama PKPU terpaksa menangguhkan kursus ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Kami ingin memohon jutaan kemaafan atas permasalahan yang berlaku dan terima kasih buat mereka yang sudah mendaftarkan diri. PERUBATAN bersama PKPU akan terus meletakkan keutamaan kepada mereka yang sudah mendaftar bagi mengikuti kursus yang akan dijalankan kelak.

Bagi 2 program yang lain iaitu Seminar PERUBATAN BITARA dan Konsert Malam Amal PERUBATAN akan diteruskan seperti yang dirancang dan kami berharap agar seluruh ahli PERUBATAN dapat merancang cuti masing-masing agar tidak disia-siakan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Sesungguhnya orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal.

Akhir kata, semoga cuti ini dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat oleh semua ahli PERUBATAN.

Siru 'ala barakatillah.

Sekian.

Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati
at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah

ARIF np jsal

Mohd. Arif bin Ahmad
Naib Presiden I
PERUBATAN Sesi 2014/2015

ATIKAH np jsua

Nur Atikah binti Abdul Rahim
Naib Presiden II
PERUBATAN Sesi 2014/2015

 

 

 

dihantar oleh HanisahNaspu

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version