PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: Program Musim Sejuk PERUBATAN Cawangan

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang Maha Mengetahui setiap yang nyata mahupun yang tersembunyi. Bersyukurlah atas setiap nikmat yang dikurniakan. Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat dan hidayah-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Cuti musim sejuk yang dinanti-nantikan sesudah tamat tempoh tawaquf program PERUBATAN secara amnya bakal menjelang tiba.

PERUBATAN bersedia mengisi waktu cuti musim sejuk ini dengan program-program yang bermanfaat untuk ahli secara keseluruhannya, antaranya program berbentuk jaulah, kemanusiaan, seminar, daurah kitab dan pelbagai aktiviti menarik di ketujuh-tujuh cawangan dan juga PERUBATAN.

Antara program sepanjang cuti musim sejuk di peringkat PERUBATAN Cawangan yang akan dijalankan adalah:-

BIL PERUBATAN Cawangan Senarai Program
1. al-Azhar
  • 23/1/2015: Daurah Syamail Muhammadiah
  • 26/1/2015: PRIME
2. Ain Shams
  • 24/1/2015: Bengkel Pengurusan Jenazah
  • 25-27/1/2015: The biggest loser
3. Tanta
  • 24-27/1/2015: Clinical Intensive Course
  • 23-24/1/2015: LIFE 2.0
  • 1-2/2/2015: Jaulah Maarod Kutub
4. Mansurah
  • 23/1/2015: TRUST
  • 24-26/1/2015: LIFE WINTER GATHERING
  • 31/1/2015: Jaulah
  • 3/2/2015: Jaulah Book Fair
5. Zagazig
  • 25/1/2015: Kursus Pengurusan Jenazah
6. Iskandariah Tiada
7. Kaherah Tiada

** Semua tarikh bagi program-program di atas tertakluk kepada perubahan semasa keadaan keselamatan di bumi Mesir amnya dan di lokaliti cawangan khususnya. Selain itu, tarikh bagi program roadshow pengisi PWtC akan dimaklum di media rasmi PERUBATAN Cawangan dan PERUBATAN.

Memandangkan keadaan keselamatan Mesir yang sukar dijangka, PERUBATAN menasihatkan agar semua ahli PERUBATAN sentiasa mengambil tahu akan situasi keselamatan di Mesir sebelum melakukan perjalanan ke luar muhafazah. Sebelum berjaulah pastikan destinasi yang dituju berada dalam keadaan selamat dengan mendapatkan maklumat dari pihak berwajib.

Semoga cuti ini dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat oleh semua ahli PERUBATAN.

Siru 'ala barakatillah.

"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"
"at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah"

ARIF np jsal

Mohd. Arif bin Ahmad
Naib Presiden I
PERUBATAN Sesi 2014/2015

ATIKAH np jsua

Nur Atikah binti Abdul Rahim
Naib Presiden II
PERUBATAN Sesi 2014/2015

 

dihantar oleh HanisahNaspu

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version