PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi JPP: Pilihan Raya Presiden & Timbalan Presiden PERUBATAN Sesi 2014/2015

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Qasas, ayat ke-26 :

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”

Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, dapat disimpulkan secara ringkas bahawa, orang yang beramanah adalah selayaknya dipilih untuk bekerja. Peristiwa Nabi Musa dan Nabi Syuaib seperti yang telah dirakamkan dalam Al-Quran seharusnya menjadi ikhtibar kepada kita sebagai umat Islam.

Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) telah pun melangkah ke tahun yang ke-13 penubuhannya di bumi Mesir ini. Saban tahun tampuk kepimpinan PERUBATAN kian memaparkan wajah yang baru untuk mengemudi bahtera perjuangan di bumi Anbiya’ ini. Alhamdulillah, sepertimana yang kita semua sedia maklum, setelah selesai pilihan raya umum PERUBATAN bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN di setiap cawangan serta pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) pada bulan Disember 2014 yang lalu, kini tiba masa untuk pemilihan seorang ketua untuk mengemudi bahtera PERUBATAN pada sesi yang akan datang.

Pilihan Raya Presiden & Timbalan Presiden PERUBATAN Sesi 2015/2016

 Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN (JPP) 2014 sebagai sebuah badan bebas yang dilantik oleh penasihat pusat bertanggungjawab untuk memastikan proses pilihan raya Presiden PERUBATAN pada kali ini berjalan lancar. Secara asasnya, proses pilihan raya pada kali ini adalah sama seperti proses pilihan raya umum PERUBATAN Cawangan masing-masing iaitu penggunaan ‘Sistem Pencalonan’ sebagaimana yang telah diamalkan sebelum ini. Melalui sistem ini, calon yang layak bertanding perlulah dicadangkan dan disokong oleh dua orang individu lain untuk melayakkannya bertanding. Bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PERUBATAN, pencalonan hanya terbuka dalam kalangan ahli MTP lelaki dan perempuan sahaja. Sepanjang tempoh pilihan raya ini, ahli PERUBATAN akan melalui beberapa fasa, iaitu fasa pencalonan, fasa kempen dan bantahan, dan diakhiri dengan hari pengundian.

Tarikh-tarikh penting

 Setelah meneliti dari pelbagai aspek, pihak JPP 2014 telah menetapkan beberapa tarikh penting bagi menjayakan sesi pemilihan kali ini. Butiran adalah seperti berikut:

Perkara                                                 Tarikh

Jualan Borang Pencalonan                25 – 28 Januari

Hari Pencalonan                               28 Januari

Tempoh Kempen & Bantahan           29 Januari – 19 Februari

Hari Pengundian                               20 Februari

 Kelayakan Mengundi dan Pusat Pengundian

Setelah diperhalusi di peringkat penasihat pusat dan JPP, telah diputuskan bahawa sesi pemilihan kali ini membawa sedikit kelainan daripada sesi lepas. Hal ini bermaksud hanya perwakilan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) sahaja yang akan terlibat dalam proses pemilihan kali ini . Oleh itu, setiap ahli PERUBATAN diseru untuk sama-sama menjadi perwakilan MTC yang akan datang.

Berdasarkan ketetapan di atas, pusat pengundian hanya akan dibuka berhampiran tempat MTC, kecuali bagi cawangan Mansoura, dan akan berlangsung dibawah pengendalian Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN (JPP) dengan kerjasama Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan (JPC). Oleh itu, besarlah harapan kami untuk setiap perwakilan untuk memanfaatkan keistimewaan yang akan diberikan.

Amanah di Bahu Setiap Ahli

Tugas melantik seorang ketua merupakan tanggungjawab dan amanah bagi ahli dalam sesebuah organisasi. Ketahuilah bahawasanya amanah ini terletak di atas bahu setiap daripada kita untuk memilih ketua yang mampu untuk memimpin ke jalan yang diredhai Allah SWT. Justeru itu, pihak kami menyeru semua ahli PERUBATAN untuk turut melibatkan diri dan sama-sama mengambil peluang mengenali calon yang bertanding selain berkempen dengan baik sepanjang berlangsungnya proses pilihan raya ini.

Akhir kata, pihak JPP meletakkan harapan yang cukup tinggi terhadap semua ahli PERUBATAN di seluruh Mesir agar dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang padu bagi menjayakan Pilihan Raya Presiden & Timbalan Presiden PERUBATAN yang akan berlangsung kelak. Semoga perjalanan pilihan raya ini akan diredhai oleh Allah dan dapat memberikan kebaikan yang banyak kepada seluruh warga PERUBATAN.

Sekian, terima kasih.

“Berkat, Telus dan Cekap”

Yang menjalankan amanah,

busy jpp

Mohammad Busyoiri bin Nor Rodin
Pengarah,
Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN (JPP) 2014.

 

dihantar oleh HanisahNaspu

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version