PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: Panggilan Ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-11 (MAT-11)

Rate this item
(0 votes)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

logo perubatan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita menikmati keindahan iman dan Islam dengan cara mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala apa yang dilarang oleh-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam yang sepanjang hayat baginda merupakan contoh dan teladan kepada kita pada setiap inci gerak kerja dalam kehidupan. Semoga kita menjadi umat penyambung dakwah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam dan mengikut sunnahnya, insya-Allah.

Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) komited untuk menambah nilai Mahasiswa Sains Kesihatan sama ada bersifat kendiri sehinggalah peringkat komuniti. Aspek transformasi dan reformasi (taghyir dan islah) menjadikan PERUBATAN mendepani dan memenuhi keperluan semasa sekaligus memberi impak tersendiri kepada masyarakat dan negara. Bersesuaian dengan identiti dan pembawaan mana-mana gerakan berorganisasi, mesyuarat merupakan medium penting dalam aspek perbincangan, perancangan dan juga perhubungan. Firman Allah SWT dalam Surah ash-Shura ayat 38,

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepadanya.” (ash-Shura: 38)

Oleh itu, Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN Kali Ke-11 (MAT-11) bakal meneruskan legasi kepimpinan PERUBATAN di samping membuka lembaran baharu dengan pendasaran gerak kerja dan tenaga bersesuaian dengan penubuhan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) yang telah berlangsung selama dua sesi pentadbiran PERUBATAN. Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN merupakan salah satu perancangan tahunan yang dijalankan sebagai medium untuk ahli mengutarakan pandangan, berkongsi buah fikiran, melontarkan pendapat dan menyuarakan solusi bagi sama-sama menyumbang dalam perkembangan dan penambahbaikan fungsi PERUBATAN sebagai sebuah persatuan mahasiswa yang menaungi seluruh Mahasiswa Sains Kesihatan di bumi Mesir ini.

Justeru, dengan rasa takzimnya, kami menjemput semua ahli PERUBATAN di seluruh Mesir untuk sama-sama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN Kali Ke-11 (MAT-11) yang bakal diadakan pada 13 Mac 2015 (Jumaat), bertempat di Kaherah. Untuk pengetahuan ahli PERUBATAN, tempoh pembukaan cadangan usul akan bermula pada 16 Februari 2015 danpendaftaran bagi perwakilan serta pemerhati MAT-11 akan dibuka tidak lama lagi. Oleh itu, marilah kita sama-sama menghadirkan diri dan bersatu bagi menyumbang buah fikiran di Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-11 ini. Ikuti maklumat lanjut di Laman Web MAT-11 (http://mat.perubatan.org/) yang disediakan bagi memudahkan urusan makluman dan pemberitahuan.

Akhirnya, besar harapan kami agar semua ahli merebut peluang yang ada dan mendapat manfaat sebaiknya. Semoga segala perancangan yang dirancang selari dengan perancangan Allah SWT dan mendapat keberkatan daripada-Nya, insya-Allah. Sekian.

Terima kasih.

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

“ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

 

ZAKI jsua jpi

MUHAMMAD ZAKI BIN ZAINAL ABIDIN,

Setiausaha Agung,

PERUBATAN Sesi 2014/2015.

AIN jsua jpi

NUR AIN BINTI ZULALIZA,

Timbalan Setiausaha Agung

PERUBATAN Sesi 2014/2015. 

dihantar oleh AinNabila

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version