PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: Portfolio Majlis Tertinggi PERUBATAN 2015/2016

Rate this item
(1 Vote)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi atas nikmat iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita  pada hari ini. Selawat dan salam buat Rasul al-Amin yang menjadi suri tauladan buat seluruh umat.

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-3, Fasal 18, Perkara 1, Ceraian (c) yang berbunyi;

‘Pembahagian jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi PERUBATAN akan ditentukan oleh Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Agung Tahunan kecuali jawatan Presiden dan Timbalan Presiden’

Setelah perbincangan lumat dan teliti diadakan dengan mengambil kira kemampuan dan kelayakan yang munasabah, barisan Majlis Tertinggi PERUBATAN sesi 2015/2016 telah bersetuju untuk ditempatkan di posisi  berikut:

Portfolio Ahli Majlis Tertinggi PERUABATAN 2015/2016
Presiden Haniz Iqbal bin Hazaidi
Timbalan Presiden Afiqah Inani binti Mohd Haslin
Naib Presiden I Mohd Arif bin Ahmad
Naib Presiden II Nur As-Syuhada binti Amran
Setiausaha Agung Muhammad Zaki bin Zainal Abidin
Timbalan Setiausaha Agung Anis Zarina binti Zarini

Bendahari Kehormat merangkap Jabatan Ekonomi

Muhammad Hanif bin Mahamad
Timbalan Bendahari Kehormat merangkap Jabatan Ekonomi Nur Atikah binti Abdul Rahim
Jabatan Akademik Imran bin Kasran
Jabatan Akademik Manisa Sazwin binti Mohd Syukri
Jabatan Penerbitan dan Penerangan Mohamad Alif Akmal bin Abd Rahim
Jabatan Penerbitan dan Penerangan Nadia Nabila binti Afandi
Jabatan Pembangunan Insan merangkap Jabatan Sukan dan Aktiviti Luar Mohd Taufik bin Mohd Ishak
Jabatan Pembangunan Insan merangkap Jabatan Sukan dan Aktiviti Luar Nooraina binti Assan
Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan Mohd Khairul Anuar bin Jafaar
Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan NurzUriatul Syakilla binti Mohd Razak

Sekalung apresiasi buat barisan kepimpinan PERUBATAN sesi 2014/2015 atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan dalam mengemudi bahtera PERUBATAN dengan jayanya. Semoga Allah membalas kebaikan yang diberikan.

 Abu Said (Abdurrahman) bin Samurah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda kepada saya : ‘Ya Abdurrahman bin Samurah, jangan menuntut kedudukan dalam pemerintahan, kerana jika kau diberi jawatan tanpa meminta kau akan dibantu oleh Allah untuk melaksanakannya. Tetapi jika kau mendapat jawatan itu karena permintaanmu maka akan diserahkan ke atas bahumu atau kebijaksanaanmu sendiri. Dan apabila kau telah bersumpah untuk sesuatu kemudian ternyata jika kau lakukan akan lebih baik maka tebuslah sumpah itu dan kerjakan apa yang lebih baik itu.’ 

(HR Bukhari Muslim)

Semoga barisan kepimpinan PERUBATAN yang baru akan terus istiqamah mengemudi bahtera keluarga PERUBATAN dalam mencapai reda Allah. Justeru itu, kerjasama yang jitu daripada seluruh ahli amat diharapkan agar segala yang dirancang dalam dilaksanakan sebaiknya. Kita keluarga PERUBATAN.

 Sirru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

‘Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati’

‘at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah’

 iqbal

Haniz Iqbal bin Hazaidi
Presiden,
PERUBATAN 2015/2016

inani 2

Afiqah Inani binti Mohd Haslin
Timbalan Presiden,
PERUBATAN 2015/2016

dihantar oleh hilmiafandi

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version