PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

Kenyataan Rasmi: Portfolio Majlis Tertinggi PERUBATAN 2013/2014

Rate this item
(0 votes)

 

     logo perubatan

 بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, Yang maha Mengetahui setiap yang nyata mahupun yang tersembunyi. Bersyukurlah atas setiap nikmat yang dikurniakan. Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat dan hidayah-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W atas usaha gigih baginda dalam menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh ummat sehinggalah ke hari ini.

Berlabuhnya tirai pentadbiran PERUBATAN sesi 2012/2013 pada MAT-9 yang lalu, maka pentadbiran baru PERUBATAN sesi 2013/2014 dilantik secara rasminya. Pentadbiran kali ini menggunakan sistem baru yang dikenali sebagai Majlis Tertinggi PERUBATAN yang dianggotai oleh 2 orang wakil dari 7 buah Universiti yang menempatkan pelajar sains kesihatan di Mesir ini.

Sesi kali ini PERUBATAN sekali lagi mengenengahkan 5 agenda utama sebagai pembawaan tahunan dalam usaha memastikan PERUBATAN terus maju menaungi semua mahasiswa sains kesihatan seluruh Mesir. 5 agenda tersebut adalah:

  1. Kesatuan
  2. Kebajikan
  3. Akademik
  4. Profesionalisme
  5. Pembangunan Modal Insan

Selain daripada agenda yang digariskan ini, beberapa fokus penyelarasan serta menjayakan kesemua usul yang dipersetujui oleh perwakilan pada MAT-9 yang lalu menjadi agenda tambahan yang mesti dilaksanakan dengan jayanya.

Berikut disertakan organisasi baru pentadbiran PERUBATAN sesi 2013/2014:

PRESIDEN

Abd Rahim bin Samad

rahim

TIMBALAN PRESIDEN

Nihal Binti Mohd Tarmizi

nihal

NAIB PRESIDEN MERANGKAP JABATAN SUKAN & AKTIVITI LUAR

 Naim Bin Sarfaraz Ahmad                    Nurmusfirah Binti Ahmad

 naim           musfirah

 

JABATAN SETIAUSAHA AGUNG

  Mohammad Naufal Bin Mohammad Nasir     Fatmatul Zahra Binti Mohd Zin 

naufal             fatma

JABATAN BENDAHARI KEHORMAT MERANGKAP JABATAN EKONOMI

   Mohd Azizul Hakim Bin Azizul                Izzati Farhanah Binti Arip  

azizul hakim             izzati

  JABATAN AKADEMIK DAN JABATAN PEMBANGUNAN INSAN

Ahmad Sahli Mahzuz Bin Ismail              Aisyah Fakriyah Binti Latiff

sahli              aisyah

 JABATAN PENERBITAN & PENERANGAN

Mohd Deenie Bin Mohd Rodzhan                Siti Umairah Binti Misnan 

deenie               umairah

JABATAN KEBAJIKAN & KEMANUSIAAN

Muhammad Shahir Bin Mohd Nadzir           Nurul Izzah Binti Abdul Halim

shahir                izzah

Akhirnya, kami mengharapkan agar segala agenda yang direncanakan berjaya dilaksanakan dengan bantuan dan komitmen dari semua ahli. Suka untuk saya mengingatkan sekali lagi dalam kita bergerak dalam PERUBATAN, ingatlah bahawa PERUBATAN ini hanyalah sebagai wasilah namun Allah sebagai ghayah. Menuju mardhatillah.

Sekian, seeru ala barakatillah

"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

“At-Taqwa, Asy-Syifa, Ar-Rahmah”

Abd Rahim Bin Samad
Presiden
PERUBATAN 2013/2014

dihantar oleh 1styear2008

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version