PERUBATANonline v4.14

Switch to desktop Register Login

PERUBATAN for Peace and Care (PEACE), Nafas Baru Dalam Memperjuangkan Isu Kemanusiaan

Rate this item
(0 votes)

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saban tahun isu umat Islam yang ditindas makin menjadi-jadi. Jika dahulu kita hanya mendengar  kisah saudara kita di Palestin tetapi kini semakin ramai umat Islam yang ditindas di negara sendiri. Oleh itu, Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan serta Biro Kebajikan di setiap cawangan telah menubuhkan satu unit bagi membantu saudara kita yang ditindas.

PERUBATAN For Peace and Care atau lebih dikenali sebagai PEACE adalah penjenamaan semula bagi AQSA PERUBATAN. Tujuan penjenamaan semula ini adalah untuk menjadikan PERUBATAN dan ahli PERUBATAN sendiri lebih cakna dalam membantu umat Islam yang ditindas bukan hanya di Palestin sahaja. Isu di Palestin akan tetap diperjuangkan tetapi isu di Negara Islam yang lain tidak akan ditinggalkan.

Penjenamaan semula ini adalah satu nafas baru bagi PERUBATAN dalam menangani isu umat Islam dan pelbagai aktiviti sedang dirancang untuk menjadikan PERUBATAN lebih kehadapan dalam hal ini.

Daripada Nu'man Bin Basyir RA, Nabi SAW. bersabda; "Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara Mukmin diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bertemakan “Our Ummah, Our Concern”  bertepatan dengan hadis di atas dan visi yang dibawa oleh PEACE iaitu menjadi medium utama ahli PERUBATAN dalam meningkatkan kesedaran dan keprihatinan mengenai isu terkini umat Islam di seluruh dunia.

PELANCARAN KEMPEN "PEACE for Syria”

Selari dengan pelancaran PEACE, pihak Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan juga akan mula melancarkan Kempen PEACE for Syria yang akan bermula pada 23hb Mac 2012 dan berakhir pada 30hb Mac 2013.

Kempen ini bersempena memperingati 2 tahun sejak revolusi kebangkitan rakyat Syria iaitu pada tahun 2011. Sepanjang dua tahun ini dunia telah menyaksikan ribuan rakyat Syria telah menjadi mangsa kekejaman pemerintah mereka.

Justeru, kempen ini dilancarkan sebagai salah satu langkah menunjukkan kebersamaan kami warga Malaysia, khususnya mahasiswa sains kesihatan Malaysia di Mesir bersama rakyat Syria. Sepanjang kempen ini, tabung ‘’PEACE for Syria’’ akan diedarkan di setiap PERUBATAN Cawangan yang akan dikendalikan oleh Biro Kebajikan/Ahli Jawatankuasa PEACE Cawangan. Selain itu sesi kutipan barang-barang terpakai untuk disumbangkan kepada rakyat Syria juga akan diadakan di setiap cawangan.

Moga-moga usaha kecil kita ini diterima Allah SWT dan menjadi saksi pengakuan bagi kita di hari akhirat kelak bahawa kita telah memainkan peranan kita dalam membantu saudara sesama Islam kita yang lain.

logo peace

Logo PEACE

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

"At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah"

shahir

Muhammad Shahir Bin Mohd Nadzir
Ketua Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan
PERUBATAN 2013/2014

izzah

Nurul Izzah Binti Abdul Halim
Timbalan Ketua Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan
PERUBATAN 2013/2014

dihantar oleh deenie

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh

Hakcipta Terpelihara ©2007-2014 PERUBATAN | Diubahsuai oleh Unit PERUBATANonline JPnP | Dikelolakan oleh mediaPERUBATAN
PERUBATANonline adalah laman komuniti Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
Bahan-bahan dalam laman web ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons..
Lesen Creative Commons

Top Desktop version