Zagazig, 22 Mac- Usul yang dibawa oleh perwakilan muda dari PERUBATAN Cawangan Ain Shams, Muhammad Shafiq bin Kadir nyata satu cubaan berani dalam memberi dimensi baru untuk diteroka oleh ahli PERUBATAN.
Usul yang dibawa oleh Muhammad Shafiq adalah:
“Merancakkan gerak kerja intelek melalui penubuhan pusat kajian ilmiah untuk membincangkan isu-isu sejagat serta membudayakan dan memperkayakan khazanah ilmu”
Shafiq menyatakan bahawa pusat kajian ilmiah ini ditubuhkan agar ada medium untuk golongan minoriti yang berminat dalam bidang pengkajian ataupun idealis, tetapi tidak boleh menjadi aktivis.
“ Pareto principle membawa konsep utiliti dan effisiensi. Dengan 20% usaha dan 80% hasil. Pusat kajian ilmiah hanya memerlukan sekelompok kecil yang cerdas untuk duduk bekerja dan berbincang. 5-6 orang seluruh mesir akan mengurangkan tenaga kerja yang kian meruncing? Dengan usaha dari kelompok kecil ini, kita mampu memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Malaysia Mesir juga warga Malaysia sendiri.” Kata Che Muhammad Nur Anas, perwakilan dari PERUBATAN Cawangan Ain Shams yang turut terkilan kerana tidak sempat berbahas disebabkan kesuntukan masa.
Manakala bagi Muhamad Asyraf bin Zubir Al Bakri pula, beliau merasakan hujah yang kuat untuk semua perwakilan fikirkan berkenaan ahli-ahli PERUBATAN yang mempunyai pelbagai minat adalah satu perkara yang tidak berfokus dan tidak realistik untuk dilaksanakan.
Perwakilan Mansurah ini menjelaskan lagi, “ Pertama, kita tidak mempunyai sumber rujukan yang solid. Keduanya, saya nampak usul ini sekiranya ingin dilaksanakan memerlukan satu teknikal yang besar sedangkan saya percaya legasi yang cuba dibawa oleh Saudara ‘Arif Rukaini, presiden baru kita merupakan satu pembaharuan dan pemantapan dari sudut akademik dan lain-lain.”
Walaupun usul ini ditolak, seluruh perwakilan tetap menyambut baik usaha Muhammad Syafiq kerana berani tampil dengan usul tersebut sekali gus menyedarkan ahli PERUBATAN tentang kepentingan sesuatu pengkajian ilmu yang bermanfaat dalam mendepani sesuatu isu.
Namun, usaha tersebut tidak akan sia-sia sekiranya ahli bijak mengoptimumkan medium yang sedia ada dalam PERUBATAN selaras dengan pembawaan presiden dalam menjayakan agenda Profesionalisme Membentuk Mahasiswa Berminda Kelas Pertama.
Zagaziq, 22 Mac C - " Sekumpulan askar warga Mesir telah mengganggu kelancaran program pada hari ini." Begitulah kekesalan yang telah diluahkan oleh Mohd Zakhiruddin Bin A Bakar, pelajar tahun empat daripada kuliah perubatan Universiti Zagazig, yang juga merupakan Pengerusi bagi PERUBATAN Cawangan Zagazig sesi 2014/2015, seusai program MAT-10 yang berlangsung di bumi kuda putih pada 21 Mac yang lepas.
Program tersebut telah dihadiri oleh mahasiswa mahasiswi sains kesihatan Malaysia-Mesir yang rata-ratanya merupakan perwakilan dan pemerhati dari pelbagai cawangan. Namun, program tersebut mengalami sedikit gangguan apabila sekumpulan askar Mesir telah berkumpul di hadapan pintu masuk dewan untuk melakukan pemeriksaan beg yang tidak dijangka ke atas para tetamu. Akibatnya, terdapat sedikit kelewatan dalam setiap agenda yang direncanakan.
Selain itu, terjadinya insiden di mana askar telah mematikan dan menghidupkan lampu beberapa kali di lobi dewan. Perbuatan yang dianggap biadap itu seakan-akan ingin memberi isyarat kepada tetamu agar mengosongkan dewan dengan lebih cepat. Gelagat tersebut telah menimbulkan sedikit kekecohan dan menyebabkan para tetamu tergesa-gesa untuk keluar dari lobi dewan. Kejadian ini sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan para tetamu yang hadir dan pihak tuan rumah sendiri.
Zagazig, 22 Mac- Dewan Muktamarat Kubra, Stadium Universiti Zagazig digamatkan dengan persoalan yang diajukan mengenai petisyen 'Say NO to akhawat PERUBATAN Mesir' ketika berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN Kali Ke-10 (MAT-10) pada 21 Mac lalu.
Persoalan itu dilontarkan oleh Nur Syamiyyah binti Mustaffa Kamal, salah seorang perwakilan dari PERUBATAN Cawangan al-Azhar ketika sesi perbahasan Laporan Gerak Kerja PERUBATAN berlangsung.
Beliau mempersoalkan mengenai tindakan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dalam menangani isu tersebut sekaligus membela kembali imej mahasiswi yang dianggap tercemar. Petisyen yang dilancarkan tersebut kelihatan merendahkan maruah mahasiswi yang dikatakan tidak menjaga maruah diri disebabkan pengabaian dalam menggunakan musyrif.
Menurut saudara Abdul Rahim bin Samad, mantan Presiden PERUBATAN 2013/2014, beliau menyifatkan isu tersebut sebagai isu yang kecil dan ia tidak sepatutnya berlaku. Beliau berpendapat bahawa ia adalah peranan kedua-dua belah pihak dalam memiliki pertimbangan dan kesedaran yang baik bagi menyelesaikan isu tersebut.
"Sebenarnya kita berterima kasih kepada pihak ikhwah yang ada niat untuk menyedarkan akhawat tentang isu musyrif. Adapun saya sebutkan, perkara ini pihak ikhwah dan akhawat kena ambil sebagai iktibar," kata Nihal binti Mohd Tarmizi yang turut menyokong pernyataan mantan presiden ketika diminta mengulas lanjut berkaitan isu ini.
Beliau berharap bahawa sikap saling membantu dan menghormati antara mahasiswa dan mahasiswi dapat diterapkan supaya tidak mengeruhkan suasana harmoni yang telah lama terbina dalam kalangan ahli PERUBATAN. Nihal merupakan mantan Timbalan Presiden PERUBATAN 2013/2014
Zagazig, 22 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-10 (MAT-10) yang julung-julung kali diadakan di bumi kuda putih ini telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 21 Mac. MAT-10 ini menyaksikan kehadiran para perwakilan daripada 7 buah PERUBATAN Cawangan dari seluruh Mesir.
Walaupun mesyuarat terpaksa bermula lewat daripada yang dijangkakan, tetapi para perwakilan tetap bersemangat untuk bermesyuarat. Sebanyak 4 usul yang telah diluluskan oleh lembaga penasihat telah dibahaskan di dalam MAT-10 pada kali ini. Daripada 4 usul ini, 1 usul telah diluluskan, 1 usul ditolak dan 2 usul ditarik balik oleh pengusul sepanjang mesyuarat ini dijalankan.
Usul 2:
“Meminda Fasal 17: Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN, Perkara 2: Pemilihan, Ceraian B dalam Perlembagaan PERUBATAN: Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN adalah terdiri daripada 2 orang wakil (seorang lelaki dan seorang perempuan) daripada setiap PERUBATAN Cawangan mengikut universiti kepada;
Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN adalah terdiri daripada 2 orang wakil (seorang lelaki dan seorang perempuan) daripada setiap PERUBATAN Cawangan mengikut universiti tidak termasuk ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN yang dikekalkan”
(Naim bin Sarfaraz Ahmad, Tahun 6, Perubatan, Universiti Zagazig)
Usul 1:
“Merancakkan gerak kerja intelek melalui penubuhan pusat kajian ilmiah untuk membincangkan isu-isu sejagat serta membudayakan dan memperkayakan khazanah ilmu”
(Muhammad Shafiq bin Kadir, Tahun 2, Perubatan, Universiti Ain Shams)
Usul 3:
“PERUBATAN menerajui usaha bagi mewujudkan kesatuan dan suasana harmoni dalam kalangan mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang pemikiran dengan menunjukkan keterbukaan PERUBATAN terhadap persatuan-persatuan di Mesir dengan usaha dialog; atau wacana; atau perbincangan; atau sebarang bentuk kerjasama yang mampu mengukuhkan PERUBATAN selaras dengan Objektif PERUBATAN yang termaktub dalam Fasal 6 Perkara 5 Perlembagaan PERUBATAN.”
(Ahmad Dzarin bin Hanafi, Tahun 6, Perubatan, Universiti Iskandariah)
Usul 4:
“PERUBATAN menekankan aspek pembangunan mahasiswi secara menyeluruh bagi melahirkan mahasiswi kelas pertama.”
(Inirah Syazwin binti Mohd Razally, Tahun 6, Perubatan, Universiti Zagazig)
Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian perwakilan menyuarakan rasa ketidak puasan hati apabila terdapat beberapa usul yang tidak dapat dibahaskan dengan baik kerana kesuntukkan masa. Juga terdapat usul yang terus ditarik balik oleh pengusul tanpa dibahaskan oleh para perwakilan yang hadir. Semoga MAT-10 ini menjadi titik tolak kepada perubahan PERUBATAN ke arah yang lebih baik dan semua ahli digesa untuk sama-sama menjayakan usul yang telah disepakati bersama.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Selamat datang (Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum) kepada semua rakan taulan seperjuangan perwakilan, serta para pemerhati yang sudi memeriahkan Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN kali ke-10 ini.
Pertamanya marilah sama-sama kita mengucapkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita anugerah Islam yang sempurna yang kita imani, menjadi penyelamat kita untuk bertemu Tuhan Rabbul Jalil di hari yang tidak ada naungan melainkan naungan rahmat Allah SWT. Dengan iman dan Islam inilah kita mesti beristiqamah di atas jalan perjuangan yang dirintis oleh para Nabi dan Rasul A.S. sejak zaman-berzaman, berdepan dengan cabaran dan dugaan yang menguji iman kita sehinggalah kita bertemu dengan Allah SWT nanti. Marilah kita sama-sama menghayati firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar ternyata yang Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu." [Muhammad: 31]
Para perwakilan yang dirahmati Allah,
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-10: Suarakan Solusi, Menuju Transformasi.
Hadirin hadirat sekalian,
CABARAN DALAM MEMIKUL AMANAH SEBAGAI PELAJAR SAINS KESIHATAN.
Sidang perwakilan yang dikasihi,
AGENDA AKADEMIK: KECEMERLANGAN AKADEMIK AHLI FOKUS PERUBATAN
Para perwakilan yang dirahmati Allah S.W.T,
PROFESIONALISME: MEMBENTUK MAHASIWA-MAHASISWI PROFESIONAL YANG MEMILIKI MINDA KELAS PERTAMA.
Sidang perwakilan yang dihormati,
PEMBANGUNAN INSAN: AGENDA TERPENTING PROFESSIONAL RABBANI.
Firman Allah swt pada surah al-Ahzab ayat 21:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
Hadirin dan hadirat sekalian,
AGENDA KESATUAN: PENGUKUHAN KESATUAN DALAM PERUBATAN
”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
Sidang perwakilan sekalian,
KEBAJIKAN TUNJANG UTAMA PERUBATAN.
Sidang perwakilan, ahli PERUBATAN yang dirahmati,
TUJUH ARAHAN.
Penutup.
KEPADA REDHA ALLAH KITA TUJU.
Sekian, Seeru ‘Ala Barakatillah!
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
Walillahilhamd.
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah”
Mohammad 'Arif Rukaini bin Mohamed Sufian
Presiden,
PERUBATAN 2014/2015.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, syukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita menghirup oksigen disamping menikmati alam ciptaan Allah SWT. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sepanjang hayatnya merupakan contoh dan teladan kepada kita pada setiap inci gerak kerja dalam kehidupan. Semoga kita menjadi umat penyambung dakwah Rasulullah dan mengikut sunnahnya, inshaAllah.
Ahli PERUBATAN yang dikasihi sekalian,
PERUBATAN komited untuk menambah nilai mahasiswa sains kesihatan sama ada bersifat kendiri sehinggalah peringkat komuniti. Aspek transformasi dan reformasi (taghyir dan islah) menjadikan PERUBATAN mendepani dan memenuhi keperluan massa sekaligus member impak tersendiri kepada masyarakat dan negara. Bersesuaian dengan identiti dan hasrat mana-mana gerakan berorganisasi, mesyuarat merupakan medium penting dalam aspek penilaian, perancangan dan juga perhubungan. Firman Allah SWT dalam Surah As-Shura ayat 38,
وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya. (Ash-Shura : 38)
Oleh itu, Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN kali ke-10 (MAT '10) bakal meneruskan legasi kepimpinan PERUBATAN disamping membuka lembaran baru dengan pendasaran gerak kerja dan tenaga bersesuaian dengan penubuhan Majlis Tertinggi PERUBATAN yang telah berlangsung selama satu sesi pentadbiran PERUBATAN. Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN merupakan salah satu perancangan tahunan yang dijalankan sebagai medium untuk ahli mengutarakan pandangan, berkongsi buah fikiran, melontarkan pendapat dan menyuarakan solusi bagi sama-sama menyumbang dalam perkembangan dan penambahbaikan fungsi PERUBATAN sebagai sebuah persatuan mahasiswa yang menaungi seluruh mahasiswa sains kesihatan di bumi Mesir ini.
Justeru, dengan rasa takzimnya, kami menjemput semua ahli PERUBATAN di seluruh Mesir untuk sama-sama mendaftar dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN kali ke-10 (MAT ‘10) yang akan diadakan pada 21hb Mac 2014, bertempat di Dewan Muktamarat, Stadium Universiti Zagazig. Pendaftaran bagi perwakilan MAT ’10 akan dibuka tidak lama lagi. Oleh itu, ayuh sama-sama kita bersatu dibawah payung PERUBATAN dan menyumbang buah fikiran di Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-10 ini.
Akhirnya, besar harapan kami agar semua ahli merebut peluang yang ada dan mendapat manfaat sebaiknya. Semoga segala perancangan yang dirancang selari dengan perancangan Allah SWT dan mendapat keberkatan dari Nya, inshaAllah. Sekian.
Terima Kasih.
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"
"at-Taqwa, as-Syifa', ar-Rahmah"
Mohammad NaufaL bin Mohammad Nasir
Setiausaha Agung,
PERUBATAN Sesi 2013/2014
Fatmatul Zahra binti Mat Zin
Timbalan Setiausaha Agung,
PERUBATAN Sesi 2013/2014